Kerja Kosong Kerajaan

Saban hari kerja kosong kerajaan menjadi pilihan kepada graduan lepasan universiti awam ataupun swasta, faktor ini telah membuatkan jawatan kosong kerajaan menjadi popular dan mendapat rating yang tinggi dikalangan pencari kerja. Anda boleh lihat banyak iklan jawatan kosong kerajaan dipaparkan diserata tempat di internet seperti di laman web, laman sosial dan juga di blog-blog peribadi. Bukan itu saja, malah pihak kerajaan Malaysia sendiri juga giat menjalan pelbagai kempen dan aktiviti khusus untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di pelbagai sektor di negara ini.

Usaha berterusan kerajaan ini juga ialah untuk memastikan setiap graduan yang tamat belajar berjaya mendapat pekerjaan mengikut kelulusan yang dimiliki. Lambakan graduan Universiti setiap tahun pastinya membuat proses penempatan kerja memerlukan perancangan yang lebih terperinci dan teratur bagi memenuhi permintaan yang datang. Graduan sendiri haruslah bijak di dalam menentukan hala tuju pekerjaan setelah selesai menamatkan pelajaran nanti, perancangan dari awal untuk memilih kerja kosong kerajaan atau swasta adalah penting.

Apa itu Kerja Kosong Kerajaan?

kerja kosong kerajaanRamai diantara kita yang agak keliru dengan kerja kosong kerajaan ini, yang mana satu dikatakan jawatan kosong kerajaan? Kebanyakan kita berpendapat kerja kosong kerajaan hanya di Putrajaya iaitu di Pusat Pentadbiran Kerajaan. Jika anda juga beranggapan begitu ternyata anda juga masih keliru dengan jawatan kosong kerajaan ini. Boleh dikatakan banyak jenis kerja kerajaan ini berada disekitar kawasan anda tinggal, tapi kebanyakkan kita tidak sedar yang mereka itu ialah kakitangan kerajaan. Untuk memudahkan pemahaman anda di sini saya senaraikan beberapa contoh kerja kosong kerajaan yang ada di negara kita ini:

- Guru/Guru Kemas
- Bomba
- Polis/Tentera
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Jururawat/Doktor di klinik/Hospital kerajaan
- Attendan Hospital Awam
- Juru X-Ray Hospital Awam
- Kerani sekolah kerajaan
- Pegawai Daerah
- Jurutera Daerah
- Pensyarah di Universiti awam
- Pekerja di Pejabat Risda,Fama, Mardi (Pertanian)
- Pembantu Tadbir di Jabatan Kerajaan
- Juruteknik Jabatan Kerajaan
- Pemandu di Jabatan Kerajaan

Di dalam contoh ini saya cuba menggabungkan pelbagai jawatan kosong kerajaan supaya anda mendapat gambaran bahawa kerja kosong kerajaan ini terdiri dari pelbagai jawatan, samada tinggi ataupun rendah tetap dikira sebagai kerja kerajaan ataupun lebih dikenali sebagai penjawat awam. Asal sahaja sesuatu organisasi itu berada di bawah pentadbiran atau diuruskan oleh kerajaan maka ia adalah kerja kerajaan. Pihak kerajaan juga selalu mengemaskini senarai jawatan kosong kerajaan terkini mereka. Antara kerja yang minati ialah seperti jawatan kosong kastam yang diiklankan di SPA. Saya harap anda mendapat sedikit idea tentang jawatan kosong kerajaan ini.

Kelebihan Jawatan Kosong Kerajaan

Bila kita berbincang tentang kelebihan kerja kosong kerajaan ini sudah tentunya tidak dapat dinafikan banyak kelebihannya, dari mula bekerja hinggalah ke waktu persaaan, bukan sahaja anda malah ibu-bapa dan anak-anak juga turut merasai faedahnya. Di sini disenaraikan antara kelebihan yang anda boleh perolehi bila bekerja dengan kerajaan.

1. Elaun Rumah
2. Elaun Sara Hidup (Cost Of Living Allowance (COLA))
3. Bonus Tetap Khidmat Awam
4. Kenaikan gaji
5. Kemudahan pinjaman kereta dan pinjaman rumah
6. Cuti yang fleksibel
7. Simpanan hari tua (KWSP)
8. Peluang kenaikan pangkat
9. Peluang meyambung pelajaran
10. Peluang untuk meningkatkan kemahiran diri

Memang terdapat jawatan kosong swasta yang juga mempunyai banyak kelebihan, tetapi bilangannya agak terhad dan adakalanya terhad untuk jawatan tertentu sahaja. Pada saya ini bergantung kepada matlamat kerjaya anda sendiri. Kerja kosong kerajaan biasanya memberikan jaminan masa depan yang baik buat anda dan keluarga, manakala kerja dibidang swasta pula memberikan pengalaman kerja yang bagus dan cukup mencabar. Dimanapun anda berkerja tidak kira samaada sektor kerajaan atau swasta pastikan mengamal gaya kewangan yang sihat agar masa depan lebih terjamin dan terancang.

Bila Jawatan Kosong Kerajaan Dibuka

jawatan kosong kerajaanKebanyakkan kerja kosong kerajaan ini adalah bergantung kepada kepada Jabatan kerajaan itu sendiri. Ada yang melakukan pengambilan 2 kali setahun, 1 kali setahun dan ada juga yang dibuka sepanjang tahun. Kerajaan Malaysia melalui badan-badan atau saluran tertentu seperti Jabatan Tenaga Rakyat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), jobsmalaysia akan membantu para pencari kerja untuk mengisi kekosongan di jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukan pekerja dengan menyeraikan maklumat tentang jawatan kosong terkini dari masa ke semasa. Biasanya borang jawatan kosong kerajaan akan disediakan dan perlu diisi dengan lengkap oleh setiap pemohon berminat. Untuk jawatan kosong 2012 juga boleh didapati di website ini. Dari masa kesemasa kami akan memaparkan iklan jawatan kosong yang terkini dan terbaru buat anda. Anda boleh layari blog senarai iklan kerja kosong yang telah kami sediakan untuk memudahkan lagi anda mencari peluang-peluang pekerjaan ada. Selain kerja kosong kerajaan dan kerja swasta, terdapat juga panduan lain seperti peluang perniagan, pameran kerjaya dan lain-lain maklumat berkaitan [Blog Jawatan Kosong]

Syarat Kelayakan Memohon Kerja Kosong Kerajaan

Syarat kelayakan setiap jabatan kerajaan adalah berbeza. Antara syarat-syarat umum/asas kerja kosong kerajaan yang boleh dijadikan panduan ialah seperti berikut:
- Berumur 18 tahun ke atas (tidak melebihi 35 tahun)
- Mempunyai kelulusan yang sesuai dan diiktiraf oleh kerajaan (Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah dan sebagainya)
- Lulus matapelajaran utama diperingkat Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris. Calon juga dikehendaki untuk lulus dalam ujian lisan.
- Berkelakuan baik serta tidak mempunyai rekod jenayah. Calon yang merokok biasanya susah untuk dipilih masuk ke jabatan kerajaan

untuk lain-lain iklan jawatan kosong terkini & menarik sila layari blog jawatan kosong di sini

Diharap sedikit keterangan mengenai kerja kosong kerajaan ini mampu memberikan anda panduan di dalam usaha untuk mencari pekerjaan yang sesuai nanti, lebih-lebih lagi sekiranya anda memilih kerja kosong kerajaan sebagai matlamat utama anda.

Kata Carian Dari Pengunjung:

kerja kosong, jawatan kosong kerajaan 2012, jawatan kosong kerajaan, KERJA KOSONG KERAJAAn, JAWATAN KOSONG, jawatan kosong 2012, kerja kosong 2012, kerja kosong kerajaan 2012, jawatan kosong kerajaan terkini 2011, jawatan kosong kerajaan terkini 2012, jawatan kosong terkini 2011, jawatan kosong jpj, jawatan kosong terkini, jawatan kosong terkini 2012, jawatan kosong kwsp, kerja kerajaan 2012, jawatan kosong kemas, jawatan kerajaan, jawatan kosong kerajaan terkini, jawatan kosong 2011

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut: