12,027 Kerja Kosong Baru Melalui 9 Projek

Program Transformasi Ekonomi (ETP) dapat pelaburan tambahan RM2.5 bilion

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sembilan projek pelaburan baru bernilai RM2.5 bilion menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan mewujudkan 12,027 peluang jawatan kosong dalam sektor penjagaan kesihatan, industri kimia-oleo, infrastruktur komunikasi, pertanian dan pembangunan teknologi.

ETP peluang kerja

Peluang Kerja Menerusi ETP

Projek itu adalah tambahan kepada empat projek yang diumumkan sebelum ini, menjadikan keseluruhan 13 projek ETP bernilai RM5.85 bilion yang mampu manfaatkan rakyat dari segi peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup.

Oleh kerana ETP baru setahun dilancarkan, semua pihak diharap tidak cepat berputus asa, sebaliknya bersabar dan berusaha gigih untuk mempercepatkan penjanaan pertumbuhannya dalam jangka masa 10 tahun ini.

“Saya yakin kita mampu menjayakannya bersandarkan komitmen menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi yang kekayaannya dapat dirasai semua lapisan masyarakat dan kekal diwarisi generasi akan datang,” katanya ketika mengumumkan perkembangan terkini ETP, di sini.

Sejak dilancarkan 25 Oktober tahun lalu, pelaburan bernilai RM10 bilion direalisasikan sehingga kini membabitkan 64 peratus daripada pelaburan berjumlah RM15 bilion yang diperuntukkan bagi 2011 dengan 97 projek dalam fasa pelaksanaan.

Menerusi 13 projek ETP berkenaan, ia dijangka mampu membantu melonjakkan pendapatan negara kasar (GNI) kepada RM8.68 bilion dan menyediakan 16,902 peluang pekerjaan tahun ini. Sehingga kini ETP merekodkan RM177.1 bilion komitmen pelaburan, iaitu RM237.23 bilion untuk GNI dengan 389,263 peluang pekerjaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan, yakin ETP akan terus berada pada landasan tepat berdasarkan status semasa yang positif, walaupun berhadapan kelembapan ekonomi dunia.

“Oleh itu, penting bagi kita bersatu padu dan berusaha dengan menetapkan iltizam untuk terus meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

sumber BHarian Online

Kata Carian Dari Pengunjung:

www spa gov my, spa gov my, www jobsmalaysia gov my jawatan kosong 2012, malaysiancareer, spa8 online, spa gov my jawatan kosong 2012, www spa8 gov my jawatan kosong 2012, Www spa8 com my, www spa8 gov my, www spa gov com, www spa com my, borang spa8 2012, www spa gov com my, www spa gov my jawatan kosong 2012, spa gov, www spa gov my jawatan sabah, www mpob gov my jawatan kosong 2012, www spa8 gov my jawatan kosong 2011, spa gov my/johor, www spa gov, www aim gov my jawatan kosong, spa8 gov my, www spa8 gon my, www spa gov my jawatan kosong, www spa gov com my jawatan kosong, www spa8, BORANG KERJA KERAJAAN
 
This entry was posted in Berita and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong

Error: Feed has a error or is not valid

Error: Feed has a error or is not valid