Bantuan RM2.1 bilion Untuk Usahawan Kecil dan Sederhana (PKS)

Sekiranya anda ialah seorang usahawan, ini pastinya merupakan berita baik buat anda di dalam memajukan lagi perniagaan/perusahan anda. Anda yang masih menganggur dan berminat dalam perniagaan juga mungkin boleh menjadikan ini sebagai kerjaya anda. Saya telah lihat ramai anak-anak muda yang berjaya di dalam perniagaan dengan panduan dan bimbingan yang betul.

Langkah agresif dilaksana bagi melahirkan lebih ramai usahawan PKS menjelang 2015

AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) menyasar menyalurkan pembiayaan berjumlah RM2.1 bilion pada 2012 ini sejajar usahanya melahirkan kira-kira 100,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjelang 2015.

"AIM bukan saja bermatlamat mengeluarkan kalangan peminjam daripada kepompong kemiskinan, tetapi kami juga berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya sehingga mencapai tahap PKS" - Pn. Zabidah Ismail, Pengarah Urusan AIM

Pengarah Urusannya, Datuk Zabidah Ismail, berkata sejak penubuhannya 25 tahun lalu, sekitar 20 peratus atau 49,000 daripada 294,426 peminjam AIM telah mencapai status usahawan mikro dengan menjana pendapatan lebih RM3,500 sebulan.

Katanya, pada 2012 ini, tumpuan adalah bagi membantu usahawan mikro ini untuk mengembangkan perniagaan mereka.
“AIM bukan saja bermatlamat mengeluarkan kalangan peminjam daripada kepompong kemiskinan, tetapi kami juga berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya sehingga mencapai tahap PKS.

“Inisiatif ini akan kami laksanakan secara agresif pada 2012 menerusi pelbagai program dan aktiviti keusahawanan yang berasaskan pengetahuan, kemahiran tinggi, inovasi dan pemasaran,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, AIM turut merancang untuk meningkatkan had pinjaman yang ditawarkannya susulan kejayaan program latihan keusahawanan serta pembiayaan yang diberikan kepada peminjam.

Pada masa ini, AIM menawarkan pembiayaan dari RM3,000 hingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik antara setahun hingga lima tahun, menerusi kaedah bayaran balik secara mingguan.
Zabidah berkata, setakat ini, AIM telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM6.2 bilion kepada 294,426 peminjam.

Pada 2011 saja, sekitar RM1.4 bilion disalurkan bagi pelbagai aktiviti perniagaan kecil-kecilan.

“Ketika ini, lebih 60 peratus pembiayaan disalurkan bagi sektor peruncitan, manakala 40 peratus lagi membabitkan pengeluaran produk berasaskan pertanian dan perikanan selain perkhidmatan merangkumi perniagaan seperti spa dan salun, perkhidmatan komputer, serta menjahit baju yang dijalankan secara kecil-kecilan,” katanya.

Beliau juga berkata, sudah ada di kalangan peminjam AIM yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Brunei menerusi produk ikan pekasam walaupun mereka hanya bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan.

Dalam pada itu, katanya AIM kini dalam perancangan menubuhkan akademi usahawan bagi melatih lebih ramai golongan miskin menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan, seterusnya mewujudkan usahawan berdaya saing.

Katanya, akademi berkenaan akan menyediakan latihan serta memberikan bimbingan bukan saja untuk usahawan tempatan tetapi juga dari negara di rantau Asia.

“Kami kini masih mengenalpasti lokasi sesuai bagi akademi usahawan itu kerana memerlukan kawasan yang besar bagi menjalankan pelbagai program latihan keusahawanan ini,” katanya.

Beliau juga berkata, AIM yang ketika ini beroperasi menerusi 106 cawangan di seluruh negara, merancang memperluaskan capaiannya dengan membuka tujuh cawangan baru tahun depan khususnya di lokasi luar bandar di Sabah, Sarawak, Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, AIM menyasarkan memiliki 132 cawangan menjelang 2015.

jika berminat boleh dapatkan maklumat lanjut di www.aim.gov.my
Talian Khidmat Pelanggan AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) : 1 300 888 AIM (246)

artikel dipetik daripada Bharian Online Oleh Zuraidah Mohamed

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 4.0/5 (4 votes cast)
Bantuan RM2.1 bilion Untuk Usahawan Kecil dan Sederhana (PKS), 4.0 out of 5 based on 4 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

amanah ikhtiar malaysia jawatan kosong 2012, jawatan kosong tekun, jawatan kosong amanah ikhtiar malaysia 2012, jawatan kosong amanah ikhtiar malaysia, jawatan kosong tekun nasional 2012, Amanah Ikhtiar Malaysia, jawatan kosong pramugari, bantuan perniagaan 1 malaysia, jawatan kosong tekun 2012, kerja sambilan, jawatan kosong tekun nasional, jawatan kosong guru interim, kerja kosong untuk ibu tunggal, bantuan usahawan 1 malaysia, amanah ikhtiar malaysia 2012, bantuan usahawan kecil, kerja kosong tekun, jawatan kosong aim 2012, jawatan kosong sabah, amanah ikhtiar malaysia jawatan kosong, tekun career, jawatan kosong amanah ikhtiar 2012, kerja kosong amanah ikhtiar malaysia 2012, jawatan kosong guru amanah ikhtiar, amanah ikhtiar malaysia gov my, bantuan perniagaan 1 malaysia 2013, bantuan peniaga kecil, jawatan kosong untuk ibu tunggal, bantuan peniaga kecil 1 malaysia, kursus untuk penganggur, jawatan kosong di tekun, bantuan perniagaan 1malaysia, amanah ikhtiar, jawatan kosong mbsb, bantuan perniagaan kerajaan, jawatan kosong mbsb 2012, jawatan kosong terkini, kerja kosong astro, amanah ikhtiar malaysia johor bahru, bantuan untuk penganggur, bantuan perniagaan 2012, jawatan kosong aim, kerja kosong di tekun, jawatan kosong kerajaan 2102, jawatan kosong amanah ikhtiar sabah 2012, bantuan modal perniagaan 2012, bantuan untuk peniaga kecil, bantuan keusahawanan, bantuan perniagaan tekun, tekun kerja kosong
 
This entry was posted in Perniagaan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T