Berita Baik! Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) untuk Guru Sekolah Rendah

Saya rasa ini merupakan berita yang sangat gembira buat para guru-guru di sekolah rendah. Menjadi guru di sekolah rendah sememangnya memerlukan iltizam dan kesabaran yang cukup tinggi. Apa tidaknya kebanyakkan pelajar mereka ialah anak-anak kecil yang pelbagai kerenah. Lihat saja anak kita yang hanya baru 2-3 orang sahaja pun dah tidak larat kita dibuatnya;) tapi guru-guru sekolah rendah mengajar antara 20-30 orang murid dalam satu-satu masa. Sudah sampai masanya mereka juga patut menerima ganjaran seperti ini. Diharap Insentif seperti ini dapat memangkin lagi Institusi pendidikan kita ke kehadapan ke arah melahirkan generasi baru yang lebih cemerlang lagi. Di bawah ini ialah berita yang dikeluarkan oleh Berita Harian Online untuk dikongsikan bersama di sini.

gaji guru

Tan Sri Muhyiddin bergambar bersama guru pada majlis penganugerahan TBGB 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

RM15 juta diagih kepada 403 sekolah untuk bayaran bagi tahun kedua

Oleh Nazura Ngah
www.bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kira-kira 14,000 warga pendidik peringkat sekolah rendah menerima manfaat daripada Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) bagi tahun kedua semalam, sejak ia diperkenalkan kepada pengetua dan guru besar di bawah sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan pada 2010.

BITB bernilai hampir RM15 juta itu diagihkan kepada 403 sekolah sekolah rendah di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 300 adalah Sekolah Kebangsaan (SK), 43 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 51 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), lima Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sebuah Sekolah Orang Asli.

Majlis penganugerahan Tawaran Baru Guru Besar (TBGB) 2011 itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bahagian Teknologi Pendidikan, di sini, semalam.

Kakitangan Sokongan Layak Menerima RM500 Seorang

Di bawah tawaran itu, setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, manakala lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan bakinya RM900 seorang. Selain itu, kakitangan sokongan layak menerima RM500 seorang.

Muhyiddin berkata, penganugerahan BITB adalah kemuncak kepada keupayaan warga pendidik dalam mencapai sasaran ditetapkan melalui akad tawaran atau bai’ah. Beliau bersyukur kerana sasaran pemimpin sekolah yang layak menerima ganjaran, iaitu sebanyak empat peratus dapat dicapai.

Daripada 7,635 sekolah rendah di seluruh negara, 403 berjaya menerima anugerah TBGB. Lebih membanggakan, usaha kerajaan merapatkan jurang dan menyamaratakan peluang pendidikan berkualiti antara bandar dan luar bandar membuahkan kejayaan.

“Ini terbukti apabila sebuah Sekolah Orang Asli iaitu SK Tasik Cini, Pekan berjaya menerima ganjaran tawaran baru daripada keseluruhan 403 sekolah rendah yang terpilih. Semoga kejayaan sekolah ini akan memberi inspirasi kepada Sekolah Orang Asli dan sekolah rendah di luar bandar dan pedalaman untuk mencipta kejayaan yang sama,” katanya.

Tawaran Baru dilaksanakan menerusi langkah menyenaraikan kedudukan sekolah berdasarkan kombinasi pencapaian sekolah dalam Gred Purata Sekolah dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai Skor Komposit Sekolah.

Pengetua dan guru besar yang melepasi sasaran ditetapkan, akan dikenal pasti oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) untuk dilaksanakan verifikasi. Selepas disahkan pengetua dan guru besar serta memenuhi syarat, mereka boleh dipertimbangkan untuk pemberian BITB.

elaun guru

sabo la cikgu, namapun budak-budak ;)

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 2.5/5 (4 votes cast)
Berita Baik! Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) untuk Guru Sekolah Rendah, 2.5 out of 5 based on 4 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

elaun dg44, elaun dg41, elaun guru dg41, elaun guru dg44, egaji, elaun dg44 2013, gaji guru lepasan ijazah, jawatan kosong penjawat awam 2013, gaji guru sekolah rendah, elaun-elaun dg44, elaun dg44 2012, elaun dg 44, elaun dg44 guru, jawatan kosong kakitangan kerajaan, gaji guru dg41 dan elaun, elaun dg41 2013, gaji dan elaun dg41, gaji dan elaun guru dg41, dg44 elaun, jawatan kosong amanah ikhtiar, gaji guru ganti lepasan ijazah, jawatan kosong kakitangan awam, elaun guru dg41 2012, elaun guru dg44 2012, elaun dg41 2012, elaun dg 41, elaun guru dg44 2013, elaun gaji dg41, elaun dg44 ssm 2012, jawatan kosong kakitangan kerajaan 2013, gaji dan elaun guru dg44, egaji kpm, elaun dga41, gaji guru kafa 2013, e-gaji, tangga gaji polis bantuan petronas, permohonan guru sabk 2013, elaun guru dg 44, gaji cikgu sekolah rendah, elaun kakitangan awam dg44, jawatan kosong guru sekolah rendah 2013, elaun-elaun guru dg44, gaji guru dg41, senarai elaun guru dg44, elaun guru cemerlang dg44, elaun guru kafa 2013, kerja@jobsambilan com, berita terkini guru kafa, elaun dg44 2014, gaji dan elaun dg44
 
This entry was posted in Berita and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T