Berita Baik, Elaun Anggota RELA Dinaikkan

Mungkin ramai yang tidak sedar akan adanya tugas sebagai RELA ataupun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ini, kebanyakan kita boleh memohon sebagai anggota RELA asalkan memenuhi syarat-syarat asas seperti berumur 16 tahun keatas, sihat tubuh badan dan tidak mempunyai rekod jenayah. Menyertai RELA bukanlah sepenuh masa seperti Tentera atau Polis, ada masa-masa tertentu kita akan diperlukan seperti ada majlis keramaian atau acara tertentu. Di post seterusnya nanti saya akan sertakan dengan lebih lanjut tentang anggota RELA ini. Di bawah ini ialah berita tentang kenaikan elaun anggota RELA

anggota rela malaysia

SERDANG: Berita baik bagi kira-kira 2.8 juta anggota dan pegawai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di seluruh negara, apabila kerajaan bersetuju menaikkan elaun bertugas mereka sebanyak RM2 sejam.

Kenaikan itu membolehkan anggota RELA menerima elaun RM6 sejam berbanding RM4 sekarang, manakala Ketua Platun menerima RM7.80 berbanding RM5.80 sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang membuat pengumuman itu berkata kenaikan berkenaan membuktikan kerajaan prihatin dan mementingkan kebajikan rakyat serta sentiasa mendengar permintaan mereka.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan permohonan RELA untuk kenaikan elaun itu boleh diluluskan segera,” katanya berucap merasmikan Perhimpunan Perdana RELA sempena sambutan ulang tahun ke-40 ikatan itu yang dihadiri 30,000 anggota dari seluruh negara di sini, semalam.

Terdahulu, Najib berkata RELA bakal menjadi sebuah organisasi lebih tersusun, berintegriti dan berwajah 1Malaysia selepas melalui proses transformasi yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Katanya, bagi tujuan itu, satu akta baru sedang digubal dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat, tahun ini.

“Akta baru akan memperluaskan peranan dan fungsi RELA, sekali gus menghapuskan tanggapan orang ramai anggota RELA hanya sebagai pembantu dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.
“Anggota RELA akan membantu menjayakan program transformasi yang dicadangkan kerajaan dan bersama-sama mempertahankan agenda negara kerana ancaman baru boleh timbul, termasuk secara halus yang boleh menggugat kepentingan negara.

“Jika ada ancaman jenayah atau masalah berkaitan perpaduan, RELA ada di situ bersama pasukan (keselamatan) lain. RELA perlu lebih dekat dengan rakyat dan bukan sekadar di majlis tertentu saja,” katanya.

Najib menggesa anggota RELA supaya terus berada di belakang kerajaan untuk mempertahankan keamanan negara dan tidak membiarkan pihak lain mencalar imej negara.

“Kita mahu keamanan terus terpelihara. Jangan sesekali menimbulkan huru hara kerana tiga juta anggota RELA tidak rela negara berada dalam keadaan kucar kacir,” katanya.

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 4.0/5 (21 votes cast)
Berita Baik, Elaun Anggota RELA Dinaikkan, 4.0 out of 5 based on 21 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

pengambilan polis, Jawatan kosong jpam, jawatan kosong rela, mod gov my, jawatan kosong polis bantuan felda, jawatan kosong jpam 2012, jabatan pertahanan awam jawatan kosong, www moha gov my, jawatan kosong jabatan pertahanan awam 2012, jawatan kosong rela 2012, www kdn gov my jawatan kosong, jawatan kosong jpam johor, jabatan pertahanan awam jawatan kosong 2012, www pdrm gov my jawatan kosong 2012, pengambilan polis 2012, anggota rela, pertahanan awam jawatan kosong 2012, kerja kosong RELA, polis bantuan rela, jawatan kosong jabatan pertahanan awam, jpa3, polis bantuan felda 2012, www polis bantuan com my, www jpam gov com, jawatan kosong rela malaysia, pengambilan jpam, jawatan kosong pegawai rela, e rela, www jpam, berita rela, pdrm vacancy 2012, e-rela, jawatan rela, jawatan kosong polis bantuan rela, anggota rela malaysia, jawatan kosong jpam muar, jawatan kosong di jabatan pertahanan awam 2012, polis bantuan tawau, kerja kosong jabatan pertahanan awam 2012, spa8 navy, pengambilan polis tahun 2012, WWW RELA COM MY, elaun rela, elaun rela 2017, gaji anggota rela 2016, elaun dan gaji rela, gaji rela 2017, alaun rela, gaji polis rela, elaun anggota rela 2017
 
This entry was posted in Badan Berkanun and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T