Bersara Umur 60 tahun

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang menetapkan umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun depan.

Bagaimanapun, majikan boleh menangguhkan pelaksanaannya sehingga 31 Disember 2013 dengan membuat permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia sebelum 28 Februari tahun depan berserta alasannya.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja selain pelbagai agensi kerajaan berkaitan.


Tidak Boleh Paksa Pekerja Bersara

“Majikan yang mahu menangguhkan tarikh pelaksanaan boleh memohon untuk dilanjutkan sehingga enam bulan dan permohonan ini perlu disertakan dengan alasan yang kukuh lagi munasabah.

“Semua permohonan berkaitan harus sampai kepada Kementerian Sumber Manusia tidak lewat dari 28 Februari 2013,” kata beliau.

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 menetapkan umur persaraan minimum pekerja sektor swasta ialah 60 tahun dan majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai usia itu.

Bagaimanapun, akta itu tidak menghalang seseorang pekerja memilih untuk bersara awal, berdasarkan apa yang termaktub dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian bersama (CA).

Diwartakan Pada 16 Ogos

Akta itu diluluskan Parlimen pada 17 Julai lalu dan diwartakan pada 16 Ogos.

Menurut akta itu, semua kontrak perkhidmatan atau CA yang menetapkan umur persaraan kurang daripada 60 tahun akan terbatal melainkan bagi kategori pekerja yang dikecualikan dalam akta seperti penjawat awam, perantis, pekerja dalam tempoh percubaan, pekerja asing, pekerja domestik dan sebagainya.

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 3.0/5 (2 votes cast)
Bersara Umur 60 tahun, 3.0 out of 5 based on 2 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

portal pencen, Portal pencen 2013, kerja kosong sumber manusia pekerja asing, kerja kosong untuk umur 60 tahun
 
This entry was posted in Berita and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T