Berita Baik! Gaji Minimum Pekerja Sektor Swasta RM900

Ini merupakan satu lagi berita gembira buat pekerja sektor swasta, terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan, biarpun ramai yang berpendapat bahawa jumlah itu tidak mencukupi berbanding tuntutan asal perkerja swasta ialah supaya gaji minimum ditetapkan pada paras antara RM1,200 hingga RM1,500.

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hadiah istimewa kepada lebih 3 juta pekerja swasta sempena sambutan Hari Pekerja dengan menetapkan kadar gaji minimum masing-masing RM900 bagi Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan.

Perdana Menteri berkata, kadar itu bersamaan RM4.33 sejam bagi Semenanjung dan RM3.85 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.

Untuk tidak membebankan majikan dan tidak merugikan pekerja, katanya, kerajaan menyediakan mekanisme pelaksanaan dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Beliau berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

“Langkah ini amat bertepatan sekali, memandangkan kerajaan juga telah meningkatkan gaji sektor awam antara 7 hingga 13 peratus seperti yang telah saya umumkan baru-baru ini,” katanya.

Tarikh kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

“Bagaimanapun, untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan sepenuhnya supaya perniagaan mereka tidak terjejas, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

“Pengecualian 12 bulan ini tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima orang atau kurang, mereka perlu mematuhi gaji minimum dalam masa enam bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Gaji Minimum Sektor Swasta pada majlis makan malam pekerja dan majikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Najib berkata, pemberian tempoh itu untuk memberi masa mencukupi supaya majikan membuat persediaan menstruktur semula gaji pekerja dan operasi perniagaan.

Katanya, kerajaan juga turut menyediakan mekanisme pelaksanaan yang anjal supaya majikan yang tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon tempoh lanjutan.

Beliau berkata, kerajaan menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan pekerja supaya gaji minimum ditetapkan pada RM1,200 hingga RM1,500.

“Namun untuk permulaan, seperti syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi kerana kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing,” katanya.

Fakta Penting:
- kadar gaji minimum RM900 bagi Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan (RM4.33 sejam bagi Semenanjung dan RM3.85 sejam bagi Sabah)
- meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.
- Tempoh penguatkuasaan bagi pelaksanaan gaji minumum ini ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 4.6/5 (14 votes cast)
Berita Baik! Gaji Minimum Pekerja Sektor Swasta RM900, 4.6 out of 5 based on 14 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

kenaikan gaji swasta 2013, gaji engineer, rhb dan maybank pos malaysia, gaji diploma kerajaan, kenaikan gaji guru kafa 2013, personal loan swasta 2013, gaji diploma swasta, gaji technical service di airasia, maybank personal loan swasta, spa gov johor, gaji diploma pengurusan bank, gaji minimum diploma, jawatan kosong kerani swasta 2013, gaji sukarelawan jpam, tangga gaji kerani kerajaan, gaji pekerja hotel di malaysia, gaji kerja tesco, gred gaji puspakom, gaji kerani maybank, gaji pekerja 7eleven, gaji pekerja 7 eleven, gaji kerja puspakom, gaji nurse swasta, tarikh penguatkuasaan gaji minimum, slip gaji kosong, gaji juruteknik petronas, gaji pekerja giant, gred gaji ktmb, gaji pekerja Saj, penyata slip gaji swasta 2013, tangga gaji kerani akaun, tangga gaji ktmb, gaji jurutera proton, polis bantuan mab tanggaji, gaji eksekutif proton, gaji kerani bank maybank, gaji kerja 7 eleven, gaji kerani swasta, gaji pekerja bsn, kerja gaji hari di kl, gaji kerani rhb bank, gaji minimum kerani swasta, personal loan swasta penang, Gaji engineer diploma, maklumat gaji pekerja tesco, gaji jururawat klinik, berapa gaji kerja di 7 eleven, jawatan kosong di kedai 7eleven kota kinabalu, tangga gaji tnb, gaji kerani di firma guaman
 
This entry was posted in Berita and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T