Guru Berpeluang Naik Gred DG41 Tanpa Temuduga

Ini pastinya berita baik buat para Guru di Malaysia, kali ini kerajaan akan melantik terus guru cemerlang yang mempunyai izajah ke gred DG41. Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memiliki ijazah sarjana muda akan dilantik terus ke gred DG41 tanpa temuduga mulai tahun depan.

Kumpulan itu yang memperoleh ijazah melalui pengajian separuh masa atau pengajian jarak jauh (PJJ) boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada ditemuduga.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan SPP itu bertujuan menyokong usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan latihan dalam perkhidmatan kumpulan pendidik di negara ini.

Cepat Kenaikan Pangkat

“Langkah ini dibuat bagi mempercepatkan proses kenaikan gred kerana mereka terbukti cemerlang,” katanya ketika mengumumkan perkara itu dalam ucapan perasmiannya pada Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi SPP, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, SPP turut mengecualikan temu duga bagi pelantikan guru baru yang cemerlang dalam akademik dan ikhtisas dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi (IPT). Katanya, SPP mula mengenal pasti calon terbabit ketika pemilihan awal bakal guru.

Sehubungan itu, katanya semakan semula sistem pelajaran dan organisasi IPGM dan IPT perlu dibuat bagi melahirkan warga pendidik berkualiti dan cemerlang.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, kajian Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKPT) mendapati hanya 50 peratus pengajian disampaikan dengan berkesan atau memuaskan.

Bulan lalu, beliau mengumumkan calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus di kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan.

Permohonan Melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Beliau berkata, seramai 2,960 orang kelompok pertama graduan IPGM dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan sebelum 1 Julai, ditempatkan sementara oleh Kementerian Pelajaran mulai 16 Oktober.

Katanya, calon berijazah selepas Jun seramai 7,755, perlu mengemukakan permohonan kepada SPP mulai 1 November secara online, melalui portal SPP (untuk calon IPGM) atau JobsMalaysia (calon IPTA).

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 5.0/5 (1 vote cast)
Guru Berpeluang Naik Gred DG41 Tanpa Temuduga, 5.0 out of 5 based on 1 rating

Kata Carian Dari Pengunjung:

pengambilan jpam 2013, kerja kosong guru agama 2013, www spp gov my jawatan kosong 2013, pengambilan kerani polis 2013, jawatan kosong guru swasta 2015, jawatan kosong guru tadika maiwp, pengambilan guru tadika 2013, jawatan kosong pelukis komik, jawatan kosong guru matematik 2013, jawatan jururawat 2013, jawatan kosong guru agama sekolah swasta 2015, jawatan kosong sekolah rendah 2015, jawatan kosong guru agama sekolah rendah 2016, spa guru, jawatan kosong imtiyaz, jawatan kosong guru sementara di srkolah rendah tamil 2016, spa 8 cikgu, jawatan kosong sekolah agama rakyat terengganu, jawatan kosong pertahanan awam di sabah november 2015 taraf spm, jawatan kosong pensyarah bahasa arab di batu pahat, jawatan kosong terbaru guru gred dg41, spa8 guru, jawatan kosong kerani sekolah agama, Jawatan kosong guru dg41 october 2015, peluang kerja guru 2016, jawatan kosong sekolah rendah agama terengganu, mencari tawaran biasiswa terbuka untuk sarjana kejuruteraan electronic bagi pelajar uthm tahun 2016, mencari kerja kosong kerajaan gred dg 41 terkini, kerja kosong sekolah rendah terengganu, kerja kosong sek men imtiyaz, kerja kosong guru spa8, kerja kosong guru sma kuala terengganu, permohonan guru sekolah rendah spa, jururawat jpam, spa 8 bhgian pndidikan kekosangn, jawatan kosong smka guru bahasa arab, jawatan kosong sekolah rendah maiwp, jawatan kosong sekolah rendah jakim, jawatan kosong guru sekolah rendah swasta di kelantan, jawatan kosong guru sekolah rendah imtiaz, jawatan guru ganti terengganu sekolah swasta september 2016, jawatan guru akademik tuisyen terengganu september 2016, jaatan kosong imtiaz melaka 2016, imtiaz melaka kosong, Iklan terbuka guru agama, guruinterim2016, guru spa8i, guru sandaran tidak terlatih maiwp, guru matematik swasta terengganu, guru mara dg41 naik time based 2016
 
This entry was posted in Guru and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

Error: Feed has a error or is not valid

Error: Feed has a error or is not valid