AEON CO. (M) BHD. sedang mengadakan akan mengadakan temuduga terbuka untuk Jaya Jusco Ipoh Station I8, antara jawatan kosong Jaya Jusco yang ditawarkan ialah Pembantu Jualan, Juruwang dan Anggota Keselamatan. Temuduga akan diadakan di 5 lokasi berbeza. Untuk maklumat lanjut sila baca iklan jawatan kosong Jaya Jusco yang disediakan dibawah:
1. Pembantu Jualan (Sales Assistant)
2. Juruwang (Cashier)
3. Anggota Keselamatan (Security Guard)
1. Pembantu Jualan (Sales Assistant)
- Sekurang-kurangnya lepasan SPM
- Berumur lebih daripada 18 tahun
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
- Berpersonaliti menarik
2. Juruwang (Cashier)
- Sekurang-kurangnya lepasan SPM (kredit dalam Matematik)
- Berumur di antara 18-35 tahun
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
- Berpersonaliti menarik
3. Anggota Keselamatan (Security Guard)
- Sekurang-kurangnya lepasan SPM
- Berumur di antara 18-35 tahun
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
- Mempunyai kekuatan fizikal dan sihat tubuh badan
- Tiada rekod jenayah
- Mempunyai disiplin diri yang tinggi
Bagi semua jawatan di atas calon-calon mestilah boleh bekerja mengikut SYIF, HARI MINGGU dan CUTI UMUM.
Faedah-Faedah Menarik:
- Kenaikan gaji dan bonus tahunan
- Uniform disediakan secara percuma
- Rawatan percuma di klinik panel
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Latihan dan kursus disediakan dari semasa ke semasa
- Rebat pembelian untuk pekerja
- Pembiayaan rawatan pergigian sebanyak RM200 setahun
Calon-calon yang berminat dipelawa untuk menghadiri Temuduga Terbuka seperti berikut:
Tarikh: 13hb – 15hb Januari 2012
Masa: 10.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi 1: Dewan Serbaguna RPA Pusing 1, Pusing, Perak
Lokasi 2: Dewan Orang Ramai Pengkalan Pegoh, Lahat, PErak
Lokasi 3: Dewan Orang Ramai Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak
Lokasi 4: Dewan Orang Ramai Pengkalan Baru, Kampung Kepayang, Perak
Lokasi 5: Pejabat JKKK Kampung Seri Meriah, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak
PENTING: Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil akademik dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport untuk temuduga
Sila hubungi 012-370 9750, 03-9207 2397, 05-549 9633 untuk maklumat lanjut.
Emel: career@jusco.com.my
Pengurus,
Pengambilan Pekerja
AEON CO. (M) BHD
Tingkat 3, JUSCO Taman Maluri Shopping Centre
Jalan Jejaka, Taman Maluri Cheras, 55100 Kuala Lumpur
