Jawatan Kosong Kerajaan Dikurangkan Tahun Depan

Peningkatan umur persaraan pencen kepada 60 tahun ini secara tidak langsung mengurangkan pengambilan penjawat awam pada tahun depan.

Pengambilan penjawat awam dijangka berkurangan tahun depan berikutan pelaksanaan opsyen pelanjutan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam.


40,000 Diambil Berkerja
Secara purata, SPA menerima hampir 1.2 juta permohonan kerja setiap tahun dan kira-kira 40,000 calon diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam.

“Pada tahun ini dan tahun depan, ramai penjawat awam telah memilih opsyen untuk bersara pada umur 60 tahun, maka pengambilan sudah berkurang.

Ramai Bersara
“Namun, selepas tahun depan, apabila ramai yang bersara pada usia 60 tahun, jumlah pengambilan akan bertambah sekurang-kurangnya 10 peratus. Saya menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 penjawat awam akan diambil,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Sektor Awam di Pejabat SPA.

Mahmood berkata, seminar yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk membantu calon yang memohon pekerjaan dengan SPA agar melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran skil pekerjaan sekali gus dapat meningkatkan peratusan kebolehdapatan pekerjaan di sektor awam.

“Seminar ini akan terus diadakan di seluruh negara dengan kerjasama dari badan bukan kerajaan (NGO), persatuan, syarikat dan individu secara perkongsian pintar,” katanya.

Kira-kira 200 peserta menghadiri seminar sehari ini, anjuran bersama SPA dan Persatuan Profesional Melayu Malaysia (PPMM) bagi mendengar penjelasan mengenai peperiksaan, penilaian dan temu duga serta pengetahuan berkaitan urusan pengambilan di SPA.
SPA menyampaikan tiga modul dalam seminar tersebuit iaitu; Pengurusan Pengambilan, Kaedah Peperiksaan dan Penilaian Kompetensi dan Kaedah Temu Duga.

Sementara PPMM menyampaikan tiga modul yang menerangkan tentang skil pekerjaan yang diperlukan calon yang mahu memohon pekerjaan di sektor awam iaitu Skil Asas, Skil Pemikiran Aras Tinggi dan Skil Pembangunan Diri.

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 2.0/5 (5 votes cast)
Jawatan Kosong Kerajaan Dikurangkan Tahun Depan, 2.0 out of 5 based on 5 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

ngo jururawat, jawatan kosong jabatan pengangkutan jalan 2013, jawatan kosong pramugari tudm, jawatan kosong tahun depan
 
This entry was posted in Berita and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T