Jawatan Kosong KTM Berhad

Keretapi Tanah Melayu KTM Berhad mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan josong ktm sebagai Pembantu Trafik, syaraf minimun ialah Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Untuk maklumat lanjut sila baca iklan jawatan kosong berikut:

PEMBANTU TRAFIK GRED N09G10
Kelayakan:

– Calon luar hendaklah berumur tidak melebihi 26 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
– Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
– Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
– Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
– Mempunyai etika perkhidmatan pelanggan yang baik;
– Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
– Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB

Spesifikasi Tugas

– Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
– Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
– Menjalankan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan pelanggan di atas tren atau di tempat kerja;
– Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
– Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
– Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 3 Januari 2012 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Kata Carian Dari Pengunjung:

jawatan kosong polis trafik, kerja kosong badan berkanun 2012, kerja kosong di balakong 2012, kerja kosong ktm 2012, jawatan kosong pegawai felda 2012, jawatan kosong di ktmb 2012, jawatan kosong kerani januari 2012, jawatan kosong kerani tiket komuter, jawatan polis 2012, jawatan polis trafik, ktm career 2012, jawatan kosong kerani pembantu tadbir januari 2012, api ipd hsbc
 
This entry was posted in Badan Berkanun and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong

Error: Feed has a error or is not valid

Error: Feed has a error or is not valid