Jawatan Kosong Majis Daerah Lenggong

Majis Daerah Lenggong (MDLG) mempelawa daripada Warganegara Malaysia, khususnya rakyat negeri Perak yang berminat dan berkelayakan untuk memenuhi jawatan kosong seperti Penolong Perancang Bandar, Penolong Pegawai Kesihatan, Pembantu Akautan dan Pembantu Tadbir. Semua jawatan kosong yang ditawarkan ialah secara tetap mengikut gred gaji yang telah ditetapkan. Untuk memohon sila baca keterangan iklan jawatan kosong Majis Daerah Lenggong (MDLG) yang disediakan.

majlis daerah lenggong

Jawatan Kosong di Majis Daerah Lenggong (MDLG)

1. Penolong Perancang Bandar Dan Wilayah (Gred J2-1)
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U2-1)
3. Pembantu Akauntan (Gred W4-1)
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N4-1)

1. PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH J2-1 (TETAP)
Jumlah Kekosongan: 1
Kelayakan:
(a) Diploma dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred J2-1: T1);

(b) Calon yang berpengalaman dalam penggunaan Geographical Information System (GIS) diberi keutamaan; dan

(c) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U2-1 (TETAP)
Jumlah Kekosongan: 1
Kelayakan:
(a) Diploma dalam bidang Kesihatan Persekitaran yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U2-1: T1).

(b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. PEMBANTU AKAUNTAN W4-1 (TETAP)
Jumlah Kekosongan: 1
Kelayakan:
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W4-1: T1); atau

(b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W4-1: T2); atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W4-1: T3); atau

(d) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W4-1: T4)

4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N4-1 (TETAP)
Jumlah Kekosongan: 1
Kelayakan:
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N4-1: T1);
[Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer]

(b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Calon-calon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan serta iklan penuh yang boleh diperolehi di Majlis Daerah Lenggong pada waktu pejabat atau memuat turun di laman web www.mdlg.gov.my. Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta gambar, salinan sijil-sijil, sampul surat yang beralamat sendiri dan bersetem 60 sen perlu
dikembalikan kepada:

Yang Dipertua,
Majis Daerah Lenggong,
Jalan Alang Iskandar,
33400 Lenggong,
Perak Darul Ridzuan.
(Tel: 05-7677207/307 Fax: 05-7677002)
e-mail : urusetia@mdlg.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan: 20 mac 2012

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 3.0/5 (10 votes cast)
Jawatan Kosong Majis Daerah Lenggong, 3.0 out of 5 based on 10 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

yhs-004, www mdlg gov my, majlis daerah besut jawatan kosong 2012, jawatan kosong aeon manjung, jawatan kosong majlis daerah besut 2012, jawatan kosong aeon taiping, jawatan kosong perancang bandar, spa8 kerani, jawatan kosong jpj taiping, jawatan kosong majlis daerah kerian 2012, jawatan kosong di kluang 2013, borang permohonan kerani kerajaan, kerja kosong di besut, jawatan kosong perancang bandar 2013, kerani pentadbiran 2013, kerja kosong di jerteh, jawatan kosong taiping 2013, jawatan kosong majlis daerah kerian 2013, jawatan kosong kerani di manjung, kerja kosong perancang bandar 2012, kerja kosong tanjung malim 2013, majlis daerah jasin, kerja kosong kerani sekolah kerajaan, Spa kerani, kerani am 2013, jawatan kosong majlis daerah tampin 2013, jawatan kosong tanjung malim 2013, jawatan kosong kerani taiping 2012, jawatan kosong besut 2012, jawatan kosong ktm taiping, temuda polis bantuan taiping, jawatan kosong kiosk celcom taiping, jawatan kosong polis bantuan di taiping, majlis daerah kerian pengambilan, kerja kosong syabas manjung, jawatan kosong kerajaan area tg malim, www mdlg gov, kerja kosong polis di taiping, jawatan kosong penolong pengurus kfc tanjung malim
 
This entry was posted in Majlis Perbandaran and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T