Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong

Majlis Perbandaran Bentong (MPB) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong sebagai Kakitangan Terminal Sejahtera di Kompleks Perniagaan Jalan Loke Yew, Majlis Perbandaran Bentong sebagai Centre Supervisor dan Fasilitator. Pemohon mestilah lulusan Diploma dari mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) ataupun mempunyai pengalaman yang berkaitan. Untuk maklumat lanjut sila baca iklan jawatan kosong Majlis Perbandaran Bentong yang telah disediakan.

majlis perbandaran bentong

Nama Jawatan:
1. Centre Supervisor (1 kekosongan)
2. Fasilitator (2 kekosongan)

Kelulusan:
- Sekurang-kurangnya Diploma dari mana-mana IPT
- Calon yang mempunyai pengalaman berkaitan, lebih dari 5 tahun boleh dipertimbangkan jika tidak tidak mempunyai kelayakan akademik

Kelayakan:
- Umur: 21 tahun ke atas
- Bahasa perantaraan:
o Bahasa Malaysia – calon diwajibkan fasih bertutur dan membaca
o Bahasa Inggeris – calon yang mahir akan diberi keutamaan
o Bahasa Mandarin, Tamil atau mana-mana dialek tempatan – calon akan mendapat kelebihan berdasarkan keperluan lokasi.
- Calon perlu mampu untuk berinteraksi dengan baik di dalam bahasa perantaraan yang diwajibkan dan dapat memberi penerangan dengan jelas sebagai sebahagian dari tugas harian mereka.
- Calon perlu mempunyai kebolehan mengatur masa dengan baik dan dapat mengurus jadual harian.
- Calon penyelia perlu mempunyai asas untuk menguruskan Terminal Sejahtera dan menyediakan semua laporan-laporan yang berkaitan.
- Calon perlu mampu memahami dan menguasai kaedah dan peraturan perisian e-Learning yang digunakan.
- Calon perlu mampu menguasai asas-asas penggunaan komputer.

Ciri-ciri yang dikehendaki:
- Individu yang mempamirkan komitmen dan dedikasi yang tinggi.
- Individu yang mampu menjadi mentor kepada pelajar-pelajar muda.
- Individu yang mempunyai kesabaran dan disiplin untuk memantau dan membimbing pelajar-pelajar.
- Individu yang berkarisma dan boleh menjadi contoh kepada pelajar-pelajar muda.
- Individu yang berwawasan dalam membangunkan modal insan dan mendidik minda muda.
- Individu yang berkemahiran dengan asas-asas komputer dan perisiannya secara am amat digalakkan untuk memohon.
- Individu dikalangan profesional atau berkaitan pendidikan dari komuniti setempat digalakkan memohon untuk jawatan kosong fasilitator.

Butir-butir keperluan kakitangan:
Centre Supervisor
- 1 orang
- Waktu kerja: 9 a.m. hingga 6 p.m. (Isnin hingga Jumaat)
- Bertanggungjawab atas semua tugas pengurusan dan laporan Terminal Sejahtera.
- Tempoh kontrak sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Gaji ditawarkan dari RM 1500-RM1800

Fasilitator
- 2 orang
- Waktu kerja: 6 p.m hingga 10 p.m. (Isnin hingga Jumaat) 10 a.m hingga 3 p.m. (Sabtu dan Ahad)
- Akan dijadualkan bekerja mengikut shift.
- Dibenarkan dari kalangan yang mempunyai pekerjaan tetap lain
- Tempoh kontrak sekurang-kurangnya 2 tahun
- Gaji ditawarkan dari RM1200-RM1500

Senarai tugas Penyelia dan Fasilitator:
- Menjalankan pendaftaran pelajar
- Memberi sokongan teknikal berkenaan penggunaan peralatan ICT di Terminal Sejahtera
- Menjaga keselamatan dan kebersihan Terminal Sejahtera
- Memastikan pelajar mematuhi syarat-syarat penggunaan Terminal Sejahtera
- Memantau prestasi pelajar
- Memaklumkan dengan segera kepada pihak yang berkaitan sekiranya berlaku masalah/kerosakan pada kelengkapan ICT

Permohonan:
- Permohonan boleh dibuat dengan menghantar satu resume lengkap beserta gambar berukuran pasport yang terkini.
- Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Bentong,
Jalan Ketari,
28700 Bentong.
(u/p: Puan Norhashimah binti Arsad)

- Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan.
- Tarikh tutup permohonan pada 20 Februari 2012.

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 4.7/5 (3 votes cast)
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong, 4.7 out of 5 based on 3 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

spa8 pahang, jawatan kosong kfc, kerja kosong di raub, www mpbentong gov my, panasonic kulim open interview, jawatan kosong di raub, jawatan kosong hong leong bank jerantut, mpbentong, kerja kosong di temerloh 2013, kerja kosong raub, jawatan kosong majlis daerah raub 2012, jawatan kosong di raub 2012, jawatan kosong jerantut, pejabat daerah bentong, www jakim gov my jawatan kosong, jawatan kosong di temerloh 2013, JAWATAN KOSONG JPAM perlis, jawatan kosong kerajaan secara kontrak, jawatan kosong jusco manjung, kerja kosong di mid valley, jawatan kosong di jerantut 2013, kerja kosong jerantut, mygov jobs, jawatan kosong pejabat tanah bentong, kerja kosong raub 2012, kerja kosong di bentong 2013, kerja kosong di raub 2012, jawatan kosong di temerloh 2012, kerja kosong jerantut 2012, kerja kosong temerloh 2013, temuduga terbuka perlis 2012, panasonic kulim interview, jawatan kosong temerloh 2013, jawatan kosong raub 2013, jawatan kosong majlis daerah bentong, hong leong bank kemaman, jawatan kosong di raub 2013, kerja kosong di raub 2013, kerja kosong jerantut 2013, kerja kosong di jerantut 2013, jawatan kosong kerani di kemaman 2013, jawatan kosong jerantut 2013, anggotarrela bentong, jpam bentong, jawatan kosong pejabat tanah kemaman, fasilitator sambilan 2013, jawatan kosong bentong 2013, jawatan kosong di hotel seri malaysia temerloh, kerja part time kulim, kerja kosong kilang di bentong
 
This entry was posted in Majlis Perbandaran and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

Error: Feed has a error or is not valid