Keputusan ke IPTA lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi Esok

Keputusan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam bagi program lepasan Sijil Tinggi Persekolahan, matrikulasi dan asasi untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal, boleh diketahui esok mulai 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa berkata calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui hotline 03-8870 6767, helpline

03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau laman web http://upu.mohe.gov.my. http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my.


Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata calon yang terpilih merupakan calon yang tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan, dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas.

“Proses pemilihan dilaksanakan mengikut pilihan calon atau rayuan, atau pilihan bidang calon, atau mengikut program pengajian yang mempunyai kekosongan dan bersesuaian dengan bidang pilihan calon,” katanya.

Beliau berkata keputusan tawaran ini adalah muktamad dan calon tidak dibenar mengemukakan rayuan terhadap tawaran itu.

Calon yang berjaya akan mendaftar pada 1 dan 2 Sept, dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, katanya.

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 3.0/5 (2 votes cast)
Keputusan ke IPTA lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi Esok, 3.0 out of 5 based on 2 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

www ums edu my, ums edu my, jawatan kosong untuk lepasan spm, kerja kosong untuk lepasan spm 2013, kerjakosongkerajaan com, jawatan kosong spm 2013, jawatan kosong matrikulasi 2013, jawatan kosong pensyarah ipta 2013, kerja kosong di ampang 2013 selangor lepasan spm, emadis jawatan kosong, permohonan SPA lepasan STPM, yhs-d2s_a, jawatan kosong untuk lepasan spm 2013, kerja kosong di kelantan 2013 bagi lepasan stam, jawatan kosong kelayakan spm, jawatan kosong pengajar vokasional 2013, upu stam, permohonan pekerjaan lepasan stpm
 
This entry was posted in Universiti and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

Error: Feed has a error or is not valid