Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR j-QAF)

Sejak akhir-akhir ini ramai pula yang berminat dengan kerjaya sebagai guru, blog saya sendiri mendapat banyak pertanyaan tentang profession guru ini, pengambilan baru-baru ini sudah ditutup pada Januari 2012 tempoh hari, calon-calon sekarang sedang dalam proses termuduga. bagi anda yang gagal dipanggil jangan kecewa dan putus asa masih boleh mencuba pada pengambilan yang akan datang nanti.

Bagi anda yang belum mendapat pekerjaan dan tidak pasti lagi dengan matlamat kerjaya anda mungkin boleh mencuba memohon sebagai guru ini, lebih-lebih lagi jika lelaki, peluang diterima dan peluang kenaikan jawatan sangat baik. Di disini saya sertakan semula iklan pengambilan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR j-QAF) sebagai panduan, Nanti bila pengambilan dibuka semula anda sudah bersedia dengan semua syarat dan peraturannya.

Perhatian: KPLI j-QAF adalah dalam bidang Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas j-QAF sahaja, ia adalah sedikit berbeza dengan KPLI biasa yang selalu anda dengar.

Fakta ringkas:
- KPLI ialah kursus yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia kepada graduan yang memiliki Ijazah untuk menceburi bidang perguruan
- calon diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
- Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja)
- Calon yang ditawarkan mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan

IKLAN PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI-SR j-QAF)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM.

1. KETERANGAN PROGRAM
1.1 Nama Program: Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF
Mod Latihan: Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
Tempoh Pengajian: 1 1/2 Tahun (18 Bulan)

2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
Calon-calon hendaklah:
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
2.3 Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1977.
2.4 Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
2.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

3. KEUTAMAAN

3.1 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.
3.2 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
3.3 Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan .
3.4 Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara.

4. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

4.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

4.2 Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.3 Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

4.4 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.

4.5 Calon yang pernah atau sedang disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

6.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai jam 9.00 pagi.

6.2 Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN

7.1 Calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

7.2 Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di Bahagian Kesesuaian Ijazah – KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN untuk maklumat lanjut).

7.3 Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.

7.4 Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.

7.5 Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

7.6 Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.

7.7 Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

7.8 Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

8. PENDAFTARAN

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkandi mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar )
Nombor Telefon: 03-88841260, 03-88841254, 03-88841259, 03-88841280,03-88841256

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon: 088–236804

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon: 082–258045

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 5.0/5 (1 vote cast)
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR j-QAF), 5.0 out of 5 based on 1 rating

Kata Carian Dari Pengunjung:

kpli 2012, emoe gov my, www kpm gov my, kpli 2014, kursus mara, kpli 2013 intake, jawatan kosong guru sekolah rendah, www moe gov my, kpli 2013 moe, permohonan kpli 2012, kursus mara 2013, kpli intake 2013, kpm gov my, kpli jun 2012, jawatan kosong kpli 2013, www kpli gov my, jawatan kosong guru sekolah rendah 2012, dpli ambilan 2013, dpli 2014 intake, jawatan kosong cikgu sekolah rendah, www kpm gov my jawatan kosong, kerja kosong lepasan diploma 2012, jawatan kosong jqaf, polis intake 2013, kpli 2012 moe, www spa moe gov my, emoe gov, jawatan kosong kementerian pelajaran malaysia 2012, spa gov moe my, spa moe gov, jawatan kosong lepasan diploma 2012, kpli2012, jawatan kosong guru kafa 2012, www kpli moe gov my, jawatan kosong lepasan ijazah 2012, www kpm gov com, kpm malaysia, jawatan kosong jqaf 2015, kerja kosong lepasan ijazah 2012, kpm gov, permohonan kpli jun 2012, kpli gov my, jawatan kosong guru kafa johor 2012, jawatan kosong guru sekolah rendah swasta 2012, emoe gov my kpli, jawatan kosong jqaf 2014, kerja kosong guru sekolah rendah, dpli intake 2014, intake polis 2012, www kementerian pelajaran malaysia gov my
 
This entry was posted in Guru and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T