Kursus Vokasional, Kemahiran Untuk Lepasan Sekolah

Seramai 85,435 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dipilih mengikuti kursus peringkat sijil dan diploma Institusi Pendidikan Teknikal serta Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), tahun ini.

Jumlah ini peningkatan 8.4 peratus berbanding 78,780 pelajar ditawarkan ke TEVT dan ILKA pada sesi 2011/2012.
Pelajar termasuk orang kelainan upaya (OKU), Orang Asli, atlet dan pelajar cemerlang akan mengikuti program berkenaan di 11 TEVT dan ILKA di seluruh negara.

“Unit Pusat Universiti (UPU) menerima 87,730 permohonan daripada lepasan SPM, SKM dan setaraf untuk mengikuti program sijil serta diploma di TEVT dan ILKA tahun ini.

“Seramai 87,263 atau 99.5 peratus calon mencapai kelayakan minimum serta memenuhi syarat am permohonan ke TEVT dan ILKA yang bermakna hanya 67 pemohon saja tidak layak,” katanya, di sini, semalam.
Tarikh pendaftaran pelajar baru ke TEVT dan ILKA bermula pada 25 Jun hingga 9 Julai bergantung kepada institusi terbabit.

Mereka yang tidak berjaya boleh terus mengemukakan rayuan kepada TEVT dan ILKA dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi diumumkan.

Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan adalah berasaskan meritokrasi mengguna pakai 75 peratus markah akademik, 10 markah kokurikulum dan 15 peratus markah sosioekonomi (pendapatan keluarga dan lokaliti) untuk menentukan nilai merit seseorang calon.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa berkata, dari segi jantina, 43,672 atau 51.1 peratus calon lelaki, manakala selebihnya iaitu 48.9 peratus atau 41,763 lagi wanita.

“Daripada aspek pendapatan keluarga, 70,625 atau 83.5 peratus berasal daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan kerana kita memang sentiasa mengutamakan mereka yang berasal dari luar bandar,” katanya.

Selaras dasar kerajaan meningkatkan akses dan ekuiti dalam pengajian tinggi, kementerian juga menawarkan 1,093 tempat kepada OKU, Orang Asli dan atlet untuk mengikuti kursus diploma serta sijil di TEVT dan ILKA di seluruh negara.

10 kursus paling popular menjadi pilihan lepasan SPM dan SKM ialah:

- Diploma Pengurusan Perhotelan dan Katering
- Pengurusan Pelancongan
- Kewangan dan Perbankan
- Perakaunan
- Pengajian Perniagaan
- Kejuruteraan Elektrik
- Automotif
- Pengurusan Sistem Maklumat (IT)
- Kejuruteraan Awam
- Diploma Sains Kesetiausahaan

Pelajar boleh menyemak status permohonan masing-masing menerusi lawan web TEVT dan ILKA

Semakan juga boleh dibuat menerusi laman web http://upu.mohe.gov.my; talian hotline 03-88706767; talian helpline 03-8870677 dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU TEVTILKA (no. MyKad) dan SMS ke 15888.

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 4.4/5 (14 votes cast)
Kursus Vokasional, Kemahiran Untuk Lepasan Sekolah, 4.4 out of 5 based on 14 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

epfjobs g1@gmail com, upkp ipt, kerja kosong elektrik 2013, kerja kosong untuk lepasan sijil, kursus perhotelan di sabah, akademi perodua, jawatan kosong elektrik 2013, jawatan kosong pengajar vokasional, kerja bagi sijil akademi laut malaysia, jawatan kosong guru vokasional, kursus kemahiran lepasan spm, jawatan kosong untuk lepasan sijil kemahiran malaysia, kerja kosong technician elektrik 2013, kolej vokasional lepasan spm, jawatan kosong agensi pelancongan 2013, www skm gov my jawatan kosong, jawatan kosong pengajar kemahiran 2013, kemahiran kursus akauntan, jawatan kosong pegawai latihan vokasional 2013, kursus vokasional lepasan spm, jawatan kosong kerajaan 2012 untuk lepasan spm, kerja kosong pelancongan 2013, jawatan kosong pengurusan hotel, jawatan kosong pelancongan 2013, jawatan kosong hotel 2013, jawatan kosong untuk lepasan sijil, kerja kosong sijil kemahiran malaysia, kemahiran khusus polis, vokasional lepasan spm, kerja kosong untuk lepasan sijil kemahiran, jawatan juruteknik elektrik tnb sabah, jawatan kosong sijil kemahiran, kolej vokasional untuk lepasan spm, kerja kosong lepasan diploma elektrik, kerja hotel lepasan spm, permohonan kolej vokasional lepasan spm, kerja kosong elektrik terkini, oku jobs 2016 balakong for clerical, gaji pengurusan hotel, jawatan kosong juruteknik elektrik jkr, jawatan kosong elektrik terkini, kerja kosong untuk sijil SKM, kolej vokasional untuk oku, permohonan ke kolej vokasional lepasan spm, peluang pekerjaan lepasan kolej vokasional automotif, jawatan kosong pengajar kemahiran automotif, permohonan diploma kursus kemahiranuntuk lepasan spm 2015 kerajaan di kuching, penjawat awamm bidangg automotif, kerja kosong sijil skm electrik, jawatan kosong automotif kerajaan terkini
 
This entry was posted in Program and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

Error: Feed has a error or is not valid

Error: Feed has a error or is not valid