Masalah 50,000 Pekerja Kontrak

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menubuhkan tiga jawatankuasa khas bagi mengkaji masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam, berkata jawatankuasa berkenaan masing-masing dianggotai wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM); Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) turut diwakili dalam setiap jawatankuasa berkenaan selain Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan dan kesatuan sekerja berkaitan.

3 jawatankuasa itu akan mengadakan siri dialog dengan kakitangan kontrak terbabit dan berbincang dulu pada peringkat jawatankuasa sebelum mengemukakan syor kepada kerajaan bagi mencari jalan penyelesaian.

“Ketika ini, seramai 3,900 kakitangan kontrak berkhidmat dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah JPM antara 1 hingga 3 tahun, manakala selebihnya di bawah Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Masalah setiap kakitangan berlainan, jadi kita nak tahu, termasuk isu terpencil. Antara yang kerap dibangkitkan termasuk mengapa mereka tidak diserap menjadi kakitangan tetap walaupun sudah lama berkhidmat dan mempunyai diploma selain gaji yang rendah selepas diserap berbanding ketika dalam kontrak.

“Masalah seperti ini boleh dibincangkan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana kita berkuasa membuat lantikan selepas menerima syor kementerian atau jabatan selain menetapkan gaji dan turut mengambil kira pengalaman kakitangan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan 210 kakitangan kontrak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

sumber: Bharian Online

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 4.3/5 (4 votes cast)
Masalah 50,000 Pekerja Kontrak, 4.3 out of 5 based on 4 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

www jpnin gov my/jawatan kosong, Semak Spa8 Permohonan, jpnin gov my jawatan kosong, jawatan kosong kontrak 2015, Pengambilan TLDM 2014, jawatan kosong 2014, kerja kosong untuk pekerja kontrak, kpkk vacancy, utusanlabuan
 
This entry was posted in Berita and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

Error: Feed has a error or is not valid