Orang Malaysia Pentingkan Keseimbangan Hidup-Kerjaya Daripada Bergaji Tinggi?

Anda ingin mencari kerja yang berpendapatan tinggi? Tahukah anda disebalik gaji yang tinggi anda akan diberikan pelbagai beban tugas sehingga kehidupan anda terjejas. Ini realiti bagi mereka yang bergaji tinggi di Malaysia ini. Di sini saya kongsikan artikel menarik daripada agensi mencari kerja kosong, Kelly Services tentang kajian perkerjaan di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Semoga artikel ini dapat membantu anda di dalam menentukan hala tuju kerjaya anda nanti.

Gaji Tinggi vs Keseimbangan Hidup-Kerjaya

Kebanyakan pekerja di Malaysia hari ini lebih mengutamakan keseimbangan kehidupan dan kerjaya berbanding mendapat gaji lebih tinggi atau kemajuan kerjaya, demikian menurut satu hasil kajian global, firma pengambilan tenaga kerja, Kelly Services.

Kajian Index Tenaga Kerja Global Kelly (KGWI) mendapati hampir dua pertiga iaitu 67 peratus pekerja di Malaysia berpendapat bahawa kerjaya yang dapat mengimbangkan antara kehidupan dan kerjaya lebih menarik minat mereka daripada dibayar dengan gaji yang tinggi, berbanding 57 peratus di Singapura, China 65 peratus manakala Thailand 76 peratus.

“Pada masa sama, 54 peratus daripada pekerja di Malaysia pula lebih berminat dibayar gaji yang tinggi dengan jadual kerja lebih fleksibel berbanding 45 peratus di Singapura dan 38 peratus di China,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Kajian Index Tenaga Kerja Global Kelly (KGWI) bertajuk ‘Keutamaan Pekerja dan Kecekapan Tempat Kerja’ meliputi 230,000 responden di 31 buah negara di Amerika, Eropah dan Asia Pasifik.

Bagi Asia Pasifik, 65 peratus responden mempertimbangkan perkara yang sama pengorbanan kerjaya dan gaji untuk memperbaiki keseimbangan antara hidup dan kerjaya, 48 peratus pula mahu jadual kerja yang fleksibel dan 37 peratus lagi berminat melaksanakan kerja khidmat sosial, menurut kajian itu lagi.

Sumber: BERNAMA

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 4.3/5 (3 votes cast)
Orang Malaysia Pentingkan Keseimbangan Hidup-Kerjaya Daripada Bergaji Tinggi?, 4.3 out of 5 based on 3 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

jawatan kosong polis bantuan pwtc, keseimbangan hidup
 
This entry was posted in Berita and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

Error: Feed has a error or is not valid