Pengambilan Baru Anggota Pasukan Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia

Anda berminat menjadi anggota Polis? Pasukan Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Selangor sekarang sedang membuka pengambilan Rekrut baru untuk jawatan Konstabel Lelaki dan Wanita. Calon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun. Kelulusan minimum ialah Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau LCE. Pengambilan Polis ini ialah untuk ditempatkan di negeri Selangor. Untuk syarat lengkap dan cara memohon Polis ini sila baca iklan jawatan kosong Polis yang telah disediakan di bawah.

pengambilan polis sukarelawan

Kekosongan Jawatan Bagi Konstabel Sukarelawan Polis Lelaki dan Wanita di dalam Pasukan Sukarelawan Polis Kontinjen Selangor

Warganegara Malaysia Lelaki dan Perempuan yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menjadi Konstabel Sukarelawan Polis di dalam Pasukan Sukarelawan Polis Kontinjen Selangor.

Syarat-syarat bagi pemohon-pemohon yang berminat untuk berkhidmat/menyumbangkan tenaga di dalam Pasukan Sukarelawan Polis adalah seperti berikut:

syarat permohonan polis

SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN:

a) Pemohon-pemohon yang berjaya di dalam temuduga pemilihan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan, tapisan Jenayah dan keselamatan oleh Cawangan Khas dan pemeriksaan cap jari sebelum diterima masuk berkhidmat.

b) Semua pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani latihan asas kepolisan (latihan tempatan) selama 6 bulan sebagai rekrut sebelum disahkan berkhidmat di dalam Pasukan Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia.

c) Sukarelawan Polis adalah tertakluk kepada jadual/perintah/peraturan/kaedah: PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 dan Hukuman Tetap KPN Bah. A502

CARA-CARA MEMOHON:
a) Borang permohonan polis boleh diperolehi di Pejabat Hal Ehwal Awam, Tkt. 6, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Kontijen, 40912 Shah Alam, Selangor (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang) dan di semua Ibu Pejabat polis Daerah Kontinjen Selangor. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada PT Hal Ehwal Awam, Tkt. 6, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

b) Tarikh tutup permohonan Sukarelawan Polis ini ialah pada 25 Mac 2012. Pemohon yang layak akan dihubungi melalui pos untuk menghadiri seisi temuduga.

Kata Carian Dari Pengunjung:

borang polis, jawatan kosong sukarelawan polis kuala lumpur, permohonan kemasukan polis mac 2012
 
This entry was posted in Badan Beruniform and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong

Error: Feed has a error or is not valid

Error: Feed has a error or is not valid