Permohonan Menyertai Anggota RELA

Ini ialah sambungan daripada artikel sebelum ini mengenai pasukan RELA di Malaysia, kali ini saya sertakan dengan lebih lanjut tentang menjadi anggota RELA dan cara memohonnya. Di bawah ini ialah beberapa soalan yang sering kali ditanya oleh orang ramai yang berminat untuk menyertai pasukan RELA, cara memohon dan borang permohonan juga ada disediakan dibahagian bawah artikel ini. Semoga bermanfaat

permohonan rela(KDN)

1) Saya ingin menjadi anggota RELA. Apakah syarat-syaratnya?

Jawapan:
Semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas adalah layak untuk menjadi seorang anggota RELA. Selain itu, mereka mestilah sihat tubuh badan dan sedia berkhidmat dengan semangat kesukarelaan yang tulen.

2) Di manakah boleh saya dapatkan borang permohonan?

Jawapan:
Borang permohonan boleh didapati dari semua Pejabat RELA Negeri, Daerah atau melalui laman web RELA. Semua permohonan mestilah dihantar ke mana-mana Pejabat RELA yang berhampiran berserta dua keping gambar berukuran paspot dan satu salinan kad pengenalan. Semua permohonan yang layak akan diberikan sekeping kad keanggotaan RELA. Borang boleh didapati dari web RELA. Pendaftaran juga boleh dibuat secara online melalui Permohonan Online.

3) Apakah dikenakan sebarang bayaran untuk menjadi anggota RELA?

Jawapan:
Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk menjadi seorang anggota RELA.

4) Apakah saya diberikan elaun sekiranya saya menjadi anggota RELA?

Jawapan:
RELA ditubuhkan atas semangat kesukarelaan. Itulah yang menjadi asas kekuatan pasukan RELA sehingga hari ini. RELA tidak memberikan sebarang imbuhan atau ganjaran atau elaun kepada mana-mana anggota RELA sebagaimana yang diamalkan oleh pasukan-pasukan sukarela yang lain. Seseorang itu hanya akan diberi bayaran elaun sebagai ganti hilang mata pencarian sekiranya menghadiri kursus-kursus yang diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah atau melaksanakan tugas-tugas operasi yang diarahkan oleh pihak pengurusan RELA.

5) Adakah saya akan diberikan pakaian seragam?

Jawapan:
Pakaian seragam diberikan secara percuma kepada anggota RELA. Keutamaan akan diberikan kepada anggota-anggota yang aktif dalam program dan aktiviti RELA.

6) Apakah keistimewaan jika menjadi seorang anggota RELA?

Jawapan:
Seorang anggota RELA menerima faedah-faedah seperti berikut:

a) Perlindungan insuran berkelompok secara percuma.
b) Pakaian seragam operasi secara percuma
c) Peluang mengikuti kursus dan latihan secara percuma dengan dibayar elaun dan disediakan tempat penginapan dan makanan secara percuma
d) Meningkatkan peluang kerjaya dengan lain-lain agensi dan syarikat keselamatan

7) Adakah saya perlu menjalani latihan atau kursus?

Jawapan:
Setiap anggota RELA yang baru mendaftar perlu mengikuti Taklimat Pengenalan selama setengah hari sebagai pengenalan awal mengenai RELA. Pada kebiasaannya, taklimat ini diadakan di kawasan setempat. Anggota-anggota RELA boleh memohon untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan di mana-mana Pusat Latihan RELA Wilayah.

8 ) Bolehkah saya mendapat cuti sekiranya saya ingin mengikuti latihan atau tugasan yang dianjurkan oleh RELA?

Jawapan:
Mengikut peruntukan yang diberikan dalam Perintah Am Kerajaan (Bab C), seseorang penjawat awam itu akan dipertimbangkan untuk mendapat cuti tanpa rekod bagi tujuan menghadiri sesuatu latihan, kursus, kem tahunan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan sukarela yang diluluskan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak termasuk bagi mereka yang bekerja di sektor swasta. Seseorang kakitangan swasta perlu mendapat pertimbangan dan kelulusan majikan masing-masing untuk tujuan ini dengan surat sokongan dari Pegawai RELA Daerah atau Negeri.

Permohonan keahlian secara online boleh dibuat melalui Permohonan Online Keahlian RELA atau dengan mengisi Borang Keahlian RELA dan perlu dihantar ke Pejabat RELA Daerah atau Negeri yang terdekat dengan anda.

Borang Permohonan
Permohonan Secara Online

Maklumat lanjut juga boleh di ibu pejabat RELA berikut:

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
Bahagian Pembangunan Pasukan,
Aras 2, Bangunan 3C4,
26 Boulevard, Presint 3,
62675 Putrajaya.

Tel : 03-88840100
Fax : 03-8890 5542

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 4.6/5 (20 votes cast)
Permohonan Menyertai Anggota RELA, 4.6 out of 5 based on 20 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

www mod gov my, www jpam gov my jawatan kosong, www jpam gov my, Jawatan kosong pertahanan awam 2012, jawatan kosong badan beruniform 2012, jawatan kosong badan beruniform, spa moha gov my, www jpam com, jpam gov my, pengambilan kerani polis 2012, jawatan kosong navy, pengambilan sukarelawan polis 2012, jawatan kosong sukarelawan polis 2012, borang permohonan sukarelawan jpam, borang permohonan jpam, pengambilan kerja kerajaan 2012, borang permohonan jabatan pertahanan awam online, i rela, www mod gov my jawatan kosong 2012, pengambilan polis 2012 sabah, permohonan jpam, www pertahanan awam gov my, sukarelawan polis jpam, borang sukarelawan pertahanan awam, www polisbantuan gov my, pengambilan polis sukarelawan 2012, pengambilan pertahanan awam 2012, sukarelawan tldm, jawatan kosong polis rela, rela, jawatan kosong pertahanan awam, borang jpam, borang permohonan pertahanan awam 2012, jawatan kosong jpam kedah 2012, Jawatan kosong Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 2012, borang permohonan kerani polis, pasukan rela, www perkeso gov my/sihat, permohonan sukarelawan jpam, rela malaysia, jawatan kosong di jpam, jpam career, borang jawatan kosong jpam, kerja kosong badan beruniform, rela malaysia jawatan kosong, jawatan kosong kerajaan beruniform, kdn gov my, kerja rela, www navy gov my, pertahanan awam jawatan kosong
 
This entry was posted in Badan Beruniform and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T