Program Pemangkin Usahawan Bantu Usahawan Teknologi Bumiputera

Bagi Usahawan ICT ini merupakan satu peluang yang patut direbut. Program Pemangkin Usahawan (PUsH) yang dikendalikan Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) serta Yayasan Usahawan Baru (myNEF), menyasarkan membantu 3,000 usahawan teknologi Bumiputera menjadi syarikat berdaya tahan dalam tempoh 3 tahun ini.

PUsH yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada November lalu adalah inisiatif yang bermatlamat mewujudkan ekosistem berdaya maju dalam kalangan pengusaha industri teknologi maklumat dan kreatif Bumiputera.

Inisiatif ‘dari industri untuk industri’ itu akan membantu dan melatih usahawan teknologi Bumiputera sedia ada untuk mengembangkan perniagaan serta meningkatkan pendapatan masing-masing.

3 Inisiatif Utama

3 inisiatif utama program PUsH untuk mencapai sasaran berkenaan ialah membentuk rangkaian pengedaran, rangkaian pemasaran isi kandungan dan kerjasama global.

Usahawan teknologi Bumiputera yang disasarkan dari kalangan syarikat yang bergiat dalam sektor pembangunan perisian, isi kandungan kreatif dan perkhidmatan teknologi maklumat (IT).

Dana RM50 Juta

Yayasan Usahawan Baru (myNEF) diberikan mandat oleh kerajaan untuk berhubung dengan usahawan teknologi Bumiputera dan mengenal pasti bidang utama mengembangkan perniagaan. Yayasan itu memperoleh dana bernilai RM50 juta daripada kerajaan untuk melaksanakan program PUsH.

Program PUsH turut disertai 12 rakan pengendali lain yang terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan universiti.

Antara rakan pengendali PUsH ialah Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Program PUsH menetapkan sasaran khusus tahun pertama untuk setiap inisiatif yang akan dilaksanakan.sasaran itu antaranya meningkatkan sehingga 40 peratus pendapatan syarikat Bumiputera yang bergiat dalam bidang pembangunan perisian dan sehingga 20 peratus bagi yang terbabit dalam perniagaan perkhidmatan IT.

Program ini juga menyasarkan membantu mengedarkan sehingga 10 harta intelek (IP) syarikat Bumiputera yang bergiat dalam sektor isi kandungan kreatif serta memuktamadkan 18 kerjasama di luar negara. Buat masa ini, myNEF menguruskan direktori yang mengandungi senarai syarikat Bumiputera dalam sektor ICT. Direktori itu kini mengandungi 485 syarikat berdaftar.

8,000 syarikat ICT Bumiputera

Dianggarkan, terdapat kira-kira 8,000 syarikat ICT Bumiputera yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Berdasarkan direktori myNEF, didapati hanya sembilan peratus daripada 485 syarikat berkenaan meraih pendapatan tahunan bernilai melebihi RM5 juta dan 45 peratus meraih pendapatan tahunan kurang daripada RM200,000. Sebanyak 423 syarikat pula mempunyai kurang daripada 50 pekerja, malah 361 didapati mempunyai kurang daripada 20 pekerja.

Yayasan Usahawan Baru (myNEF) akan mengendalikan beberapa siri pameran bergerak di seluruh negara bermula 17 Februari ini di Seremban untuk memberi penjelasan dan mendapatkan lebih banyak peserta untuk program PUsH. Setakat ini, 41 syarikat sudah menyertai program berkenaan.

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 5.0/5 (2 votes cast)
Program Pemangkin Usahawan Bantu Usahawan Teknologi Bumiputera, 5.0 out of 5 based on 2 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

gaji pegawai TEKUN nasional, jawatan kosong tanpa kelulusan 2014, Job mudah kerani tekun kota marudu
 
This entry was posted in Perniagaan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

Error: Feed has a error or is not valid