RM500 Hasil Kerja di Rumah Secara Sambilan

Di sini saya ingin kongsikan sebuah aktikel daripada Berita Harian online tentang suri rumah yang ingin menambahkan pendapatan dengan melakukan kerja sambilan di rumah. Moga artikel ini dapat membantu para suri rumah diluar sana;

Lebih 2,000 wanita dan ibu tunggal yang menjalankan pekerjaan di rumah memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM300 hingga RM500 sebulan.


Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata pendapatan itu hasil usaha lebih 200 syarikat swasta di seluruh negara yang aktif menjalankan kegiatan penghantaran pelbagai produk ke rumah bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan wanita dan ibu tunggal berkenaan.

“Pelbagai produk ditawarkan syarikat ini seperti jahitan, gubahan, pemprosesan makanan selain penghasilan produk lain. Melalui cara ini golongan wanita dan ibu tunggal yang tidak berkesempatan mencari pekerjaan di luar boleh menjalankan secara sambilan.

“Kementerian juga menggalakkan mereka yang berminat untuk mengunjungi laman portal carian jawatan kosong Jobs Malaysia untuk mengetahui syarikat dan produk yang boleh diceburi,” katanya selepas merasmikan Program Juara Rakyat anjuran Biro Ekonomi dan Keusahawanan Umno Bahagian Cheras di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, di sini.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Al Habshee.

Maznah berkata, kementerian juga mengkaji untuk membolehkan wanita dan ibu tunggal bekerja secara sambilan pada waktu puncak di restoran India Muslim di seluruh negara yang boleh menjadi antara langkah mengatasi kekurangan pekerja di sektor itu.

Katanya, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) meminta supaya kementerian menambah bilangan pekerja asing berikutan tiada sambutan masyarakat tempatan untuk bekerja di restoran India Muslim walaupun Presma mengiklankan 25, 000 jawatan kosong.

“Kita berasakan masih ada ruang yang boleh dibincangkan selain mengambil pekerja asing untuk bekerja di restoran India Muslim. Perkara ini akan diperhalusi supaya permasalahan seperti kaedah kerja, pembayaran gaji dan beberapa isu lain diselesaikan sebelum ia dilaksanakan.

“Kemungkinan mereka boleh bekerja ketika waktu puncak iaitu waktu makan tengahari bermula jam 11 pagi hingga 3 petang serta ketika malam bermula jam 7 malam hingga 11 malam. Bagaimanapun, perkara ini perlu perbincangan lanjut termasuk dengan Presma,” katanya.

Tambahnya, jika Presma bersetuju, pihak Kementerian Sumber Manusia tidak mempunyai masalah menyediakan kenderaan bagi membawa wanita dan ibu tunggal yang bekerja secara sambilan itu di restoran berkenaan.

dipetik dari Bharian Online

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 4.2/5 (18 votes cast)
RM500 Hasil Kerja di Rumah Secara Sambilan, 4.2 out of 5 based on 18 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

kerja sambilan di rumah 2012, kerja sambilan di rumah, kerja dari rumah 2012, kerja sambilan menaip, peluang pekerjaan 2012, kerja dari rumah part time 2012, kerja part time di rumah 2012, jawatan kosong sambilan kerajaan 2012, kerja sambilan kerajaan 2012, kerja di rumah 2012, kerja sambilan dari rumah 2012, jawatan kosong kerajaan, kerja sambilan menaip di rumah 2012, kerja sambilan dirumah 2012, jawatan kosong data entry, kerja menaip di rumah 2012, kerja sambilan menaip 2012, lhdn vacancy 2012, kerja kosong di rumah 2012, pekerja sambilan harian 2012, kerja sambilan kerajaan, jawatan kosong polis bantuan uitm, kerja separuh masa di rumah 2012, jawatan kosong pejabat umno, kerja kosong dari rumah 2012, kerja part time di rumah, kerja kosong di rumah, jawatan kosong kerani data entry ambank, part time di rumah 2012, kerja kosong, kerja kosong sambilan kerajaan, kerja sambilan di rumah kerajaan, kerja kosong untuk suri rumah, kerja dari rumah menaip 2012, jawatan kosong umno, peluang kerjaya 2012, jawatan kosong di sabah 2012, jurutaip sambilan 2012, kerja dari rumah kementerian sumber manusia, kerja sambilan menaip di rumah, kerja kosong sambilan di rumah 2012, kerja kosong di rumah menaip, kerja sampingan di rumah 2012, kerja part time dari rumah 2012, jawatan sambilan kerajaan 2012, kerja kosong sambilan di rumah, kerja part time di shah alam 2012, kerja kosong data entry 2012, bantuan untuk suri rumah, peluang kerja sambilan
 
This entry was posted in Kerja Sambilan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T