Skim Persaraan Swasta(SPS) Ditubuhkan

Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan penubuhan Skim Persaraan Swasta (SPS) yang dirangka khusus untuk memenuhi keperluan persaraan rakyat, terutama yang bekerja sendiri dan tidak menyertai sebarang skim persaraan. Buat permulaan, 24 dana diuruskan oleh enam daripada lapan penyedia SPS yang diluluskan, akan ditawarkan di bawah skim itu mulai September ini.

SPS adalah skim pelaburan sukarela yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk membantu orang ramai membuat simpanan masa tua.


Selain secara individu ia membuka peluang kepada majikan membuat caruman tambahan secara sukarela untuk tabungan simpanan persaraan kakitangan mereka.

Pelancaran SPS itu melengkapkan skim persaraan untuk rakyat, selain dana pencen bagi kakitangan awam dan caruman pekerja menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketika pelancaran itu, Perdana Menteri berkata, matlamat negara adalah untuk memiliki pelbagai skim persaraan yang cergas dan mapan bagi manfaat generasi Malaysia akan datang.

Najib berkata, bagi menarik pekerja, majikan disaran menawarkan pakej ganjaran untuk pekerja menyertai skim itu dan memberi kebebasan kepada mereka membuat keputusan mengenai jenis skim yang disertai.

Beliau juga berkata, perkembangan industri pencen swasta berpotensi mengubah landskap persaraan negara dengan meningkatkan perlindungan secara sukarela kepada semua rakyat supaya mempunyai tabungan tambahan apabila bersara.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan empat inisiatif bertujuan memaju dan menggalakkan lagi penyertaan rakyat dalam pasaran modal negara.

Inisiatif itu ialah penubuhan platform dagangan khusus untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat bukan senaraian awam, penubuhan Pasaran Merchantile untuk dagangan emas dan logam berharga, menganjurkan kempen pelabur bijak kebangsaan di seluruh negara dan pengenalan ejen pelaksana dan wakil pembangunan perniagaan sebagai wakil kepada remisier.

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 4.8/5 (4 votes cast)
Skim Persaraan Swasta(SPS) Ditubuhkan, 4.8 out of 5 based on 4 ratings

Kata Carian Dari Pengunjung:

jawatan kosong automotif 2013, SL1M JURURAWAT U29, jawatan kosong untuk pesara tentera, jawatan kosong kartunis 2013, jawatan kosong kerani di batu pahat 2013, kerja kosong untuk pesara swasta, daftar kerja kosong pesara kerajaan
 
This entry was posted in Swasta and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

Error: Feed has a error or is not valid