Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Akan Disemak Semula. Mengapa?

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata lima perkara itu tertumpu kepada aspek keadilan dan kesaksamaan khususnya bagi penjawat awam pada gred 54 dan ke bawah.

Lima perkara terbabit ialah mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah; mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji semula kedudukan gaji penjawat yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum; mengkaji semula kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus dan semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred.

kakitangan kerajaan

“Kami harap hasil semakan semula ini akan memberikan keceriaan kepada semua penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepas taklimat SBPA kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini, hari ini.

Omar berkata, beliau juga meminta supaya tiga lagi pegawai tertinggi dalam CUEPACS dibenarkan menyertainya pada mesyuarat pasukan petugas khas SBPA itu.

“Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya. Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain,” katanya.

Selain itu katanya, CUEPACS akan membuat sesi jelajah sehingga April depan bagi memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai SBPA.
“Sekarang ini kita cuma boleh minta semua penjawat awam supaya bersabar dan bertenang, tunggu sehingga tempoh semakan semula selesai,” katanya.

SBPA yang sepatutnya dilaksanakan bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakan persatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.

Bayaran gaji Februari penjawat awam berdasarkan Sistem Saraan Malaysia

Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Jan ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Jan.

“Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan 2012,” katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. – BERNAMA

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 5.0/5 (1 vote cast)
Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Akan Disemak Semula. Mengapa?, 5.0 out of 5 based on 1 rating

Kata Carian Dari Pengunjung:

www jobsmalaysia gov my, jobsmalaysia gov my, spa8 johor, www jobmalaysia gov my, jobsmalaysia info, jobsmalaysia puspakom, jawatan kosong penjawat awam, www jobs malaysia gov my, www jobsmalaysia gov my jawatan kosong risda, jobmalaysia gov my, career at bank islam, jawatan kosong kakitangan kerajaan 2012, www jobsmalaysia gov my spp, www jobsmalaysia gov, jawatan kosong ssm 2012, jawatan kosong sbpa, jawatan kosong kakitangan awam 2012, www jobsmalaysia, jobsmalaysia info 2012, www jobmalaysia gov com, www jobmalaysia com my, WWW JOB MALAYSIA GOV MY, www uitm gov com my, job malaysia gov my, jobdb, cuepacs career, Jobsmalaysia gov com, www uitm gov my jawatan kosong, cuepacs gov my, spaj gov my jawatan kosong, jawatan kosong rtm kedah, suruhanjaya syarikat malaysia jawatan kosong 2012, jobs malaysia gov my, www jobsmalaysia com my, www job malaysia com my, s p a gov, jawatan kosong dg41 2012, jawatan kosong suruhanjaya syarikat malaysia 2012, spa gov job, gred 54, ssm malaysia jawatan kosong, jobsmalaysiainfo, jobmalaysia gov, CUEPACS MALAYSIA CAREER
 
This entry was posted in Berita and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T