Temuduga Terbuka Marshal Stadium

Temuduga Terbuka Jawatan Kosong Marshal Stadium

Tarikh: 13 – 14 Januari 2015
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos

jawatan kosong marsyal stadium

Syarat Dan Pakaian
- Ujian Kesihatan – Pakaian Sukan
- Temuduga – Kemeja dan Seluar Slack, Berkasut Hitam
- Hanya Lelaki Berumur 21 Tahun dan ke atas
- Permohonan adalah digalakkan untuk membawa sijil atau dokumen yang berkaitan dengan jawatan kosong dipohon

JOHOR BAHRU: Marshal Stadium Larkin yang sudah ditubuhkan sejak 2014 sekali lagi membuka peluang kepada penyokong atau individu yang berminat untuk menyertai sebagai marshal pada saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC yang bermula Februari ini.

Ketua Marshal, Farouk Yahya berkata langkah untuk mendapatkan khidmat marshal bagi memastikan kelancaran pengawalan stadium untuk keselesaan penyokong ketika menyaksi perlawanan bola sepak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Katanya pengambilan anggota marshal baharu akan diadakan pada Ahad ini di stadium berkenaan dan ia akan bermula jam 8.30 pagi dan terbuka kepada semua Bangsa Johor membabitkan semua kaum yang minat tentang bola sepak di negeri ini.

“Ketika ini kita sudah ada 100 anggota marshal yang sememangnya keperluan untuk menambah kepada 300 anggota marshal yang akan bertugas pada saingan Liga M dan Piala AFC yang akan menyingkap tirai tidak lama lagi.

“Ia terbuka kepada lelaki yang berumur 18 hingga 50 tahun dan tidak mengalami sebarang penyakit berbahaya dan setiap calon harus berpakaian sukan serta memakai kasut sukan yang sesuai.

“Ujian kecergasan akan dilakukan dan hanya calon yang melepasi ujian kecergasan akan ditemuduga malah saya mengalu-alukan pembabitan penyokong yang berminat untuk menyumbang bagi memajukan bola sepak Johor sebagai marshal,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Farouk menambah pada musim lalu ketika bersaing dalam kancah Piala AFC, kewujudan marshal sepanjang saingan itu mendapat pujian daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang memuji langkah Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang mewujudkan marshal sepanjang kempen itu selain mengiktiraf tugas marshal yang mengawasi setiap perlawanan membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada kancah kelab-kelab Asia.

Katanya, dengan pengiktirafan itu, sudah tiba masanya Marshal Stadium Larkin yang bakal dianggotai lebih 400 anggota akan lebih profesional dan mampu memberi sumbangan dengan kawalan lebih kemas dan tersusun.

“Setiap tahun kita akan meningkatkan lagi kualiti marshal dengan tugasan yang dipikul dan ia penting bagi memastikan apa yang dilakukan sepanjang mengawal aksi perlawanan bola sepak di stadium tidak berlaku kekecohan malah kami sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak polis,” kata Farouk.

sumber: Bharian Online

VN:F [1.9.16_1159]
Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
Temuduga Terbuka Marshal Stadium, 1.0 out of 5 based on 1 rating

Kata Carian Dari Pengunjung:

www marine gov my temuduga terbuka, jawatan kosong jdt, Jawatan kosong Pengajar Kecergasan, kerja kosong sukan
 
This entry was posted in Iklan Kerja and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong Menarik:

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T