Anda mencari jawatan kosong terkini, dalam keadaan ekonomi yang agak baik sekarang ini masih ramai lagi yang masih tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan sama ada kerja kosong kerajaan atau swasta. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Jika ya maka anda harus meningkatkan peluang anda untuk diterima bekerja dengan mempelajari beberapa cara yang terbaik dan tips asas mencari jawatan kosong terkini yang ada di Malaysia ini.
Anda perlu menggandakan usaha di dalam mencari kerja kosong kerajaan atau swasta dan untuk memastikan resume anda menonjol dari pencari jawatan kosong yang lain, ini merupakan faktor penting yang mesti dititikberatkan sebelum anda cuba untuk memohon pekerjaan. Ok, di sini saya ada beberapa tip berguna di dalam mencari pekerjaan terutamanya jawatan kosong terkini
Jawatan Kosong Terkini Melalui Rangkaian Anda
Mulakan carian jawatan kosong terkini anda dengan rangkaian anda sendiri. Anda boleh bermula dengan kawan-kawan anda dengan bertanya sekiranya mereka tahu di mana-mana jawatan kosong terkini yang sesuai dengan kemahiran anda. Rakan-rakan anda pula mungkin bertanya kepada rangkaian mereka pula. Cara ini walaupun nampak mudah dan remeh tetapi sebenarnya sangat berkesan di dalam mendapat pekerjaan. Jadi jangan berat mulut bertanya kepada rakan-rakan anda. Adalah lebih baik jika anda boleh meminta bantuan dari bekas rakan-rakan sekerja anda kerana mereka pastinya sudah tahu tentang keupayaan dan kemahiran bekerja anda. Tapi ingat jangan terlalu mendesak rakan-rakan anda, bagi mereka masa yang munasabah untuk membantu anda.
Jangan Lupakan yang Asas
Dalam dunia teknologi hari ini banyak perkara asas telah dilupakan, begitu juga di dalam mencari pekerjaan ini.
Lihat seberapa banyak sumber iklan kerja kosong yang mungkin boleh untuk mendapatkan senarai jawatan kosong. Ini meliputi bahan-bahan asas seperti surat khabar, rangkaian rakan-rakan, dan papan pekerjaan dalam talian. Tetapi perlu diingat bahawa kebanyakan peluang pekerjaan tidak pernah diiklankan kepada umum sebaliknya dihebahkan di dalam organisasi itu sahaja. Dan atas sebab ini, ia adalah sangat penting bahawa anda menggunakan rangkaian anda sendiri supaya anda boleh dikemaskini tentang peluang pekerjaan yang paling terkini untuk anda.
Luangkan Masa Lawati Premis untuk Jawatan Kosong Terkini
Ada sesetengah organisasi tidak mengiklan jawatan kosong terkini mereka di surat khabar ataupun di internet, tetapi iklan jawatan kosong tersebut ditampal di premis mereka sendiri. contohnya di cawangan bank, iklan mereka ditampal di sekitar kawasan mesin ATM. anda mungkin pernah ternampak dengan iklan sebegini. Anda juga boleh menghantar resume anda di bahagian Sumber Manusia walaupun pada masa itu belum ada jawatan kosong terkini. Cari mana-mana syarikat yang anda minati dan hantar resume asas anda di situ.
Manfaatkan Masa ‘Menganggur’ Anda
Dan ini mungkin nasihat yang terbaik yang boleh digunakan sekiranya anda masih belum mendapat pekerjaan. Anda perlu memanfaatkan masa menganggur anda, Bagaimana? Terdapat banyak cara untuk dilakukan, salah satunya ialah anda boleh meningkatkan peluang anda untuk diambil bekerja dengan mempelajari kemahiran baru atau menaik taraf kemahiran anda yang sedia ada. Atau anda boleh melakukan sesuatu yang bermakna seperti melakukan kerja-kerja sukarelawan di mana-mana organisasi. Satu lagi ialah anda boleh menubuhkan perniagaan kecil-kecilan sementara mendapat jawatan kosong yang sesuai dengan kelulusan anda, malah ramai graduan hari ini telah berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi dan mendapat pendapatan yang lumayan berbanding dengan mereka yang makan gaji. Ingat ‘masa itu emas’ jangan buang masa muda anda, gunaka ia sebaiknya
Ini hanya beberapa tip carian penting untuk kerja kosong kerajaan atau swasta yang boleh anda lakukan untuk membantu anda mencari pekerjaan yang sesuai pada masa yang tepat. Jangan terburu-buru di dalam mencari pekerjaan, setiap masa akan ada jawatan kosong terkini untuk dipohon, pastikan anda mendapat pekerjaan yang sesuai dengan anda. Semoga Berjaya!
