Jawatan Kosong

Pernah memohon jawatan kosong? Jika anda sebelum ini pernah berkerja keras untuk sesuatu temuduga jawatan kosong kerajaan atau swasta tapi tiada satu pun yang berjaya, anda berkemungkinan mempunyai banyak idea-idea atau pengalaman mengapa tiada satu pun syarikat yang memberikan peluang kerja kepada anda.

Jawatan Kosong, Kenapa Susahnya Nak Dapat?

jawatan kosongAnda mungkin ageism (anda terlalu tua atau terlalu muda) untuk sesuatu jawatan kosong ini biasa terjadi di dalam kerja kosong kerajaan di mana umur calon menjadi antara faktor penentu (biasa faktor umur 18 hingga 35 penanda aras). Atau disebabkan ekonomi; ataupun bidang kelulusan anda tidak mengambil pekerja baru buat masa ini; atau anda tidak mahu dipindahkan; ataupun kebanyakkan kerja yang ada berada di negara lain.

Sebelum anda menyalahkan mana-mana faktor-faktor di atas, pastikan anda tidak membuat beberapa kesalahan klasik/biasa di dalam mencari jawatan kosong. Ini boleh menjadi sebab-sebab kenapa anda tidak berjaya mendapatkan sesuatu jawatan kosong, tidak kiralah kerja kosong kerajaan ataupun swasta. Kebanyakkan calon-calon selalu melakukan kesilapan ini biarpun telah berulang kali menghadiri temuduga. Mari kita lihat antara kesilapan-kesilapan tersebut;

1. Resume anda tidak fokus. Perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan ialah memerhati dengan teliti bahagian keterangan kerja (job descriptions) dan menilai resume anda. Nilai sebanyak mana anda memahami dan menepati keperluan majikan. Jika resume anda tentang anda, bukan tentang kerja, anda mungkin mempromosikan diri anda dan tidak menyampaikan perkara penting untuk meyakinkan majikan untuk menemuduga anda. Jadi pastikan resume anda selari dengan jawatan kosong tersebut.

2. Resume anda tentang masa lalu, bukan masa depan anda. Adakah anda menggunakan banyak jargon atau istilah yang berkaitan dengan jawatan atau industri sebelum ini, tetapi tidak relevan dengan pekerjaan atau jawatan kosong yang ingin dipohon? Anda mengelirukan pembaca. Untuk memenangi satu temuduga, resume anda perlu untuk membantu pembaca membayangkan anda boleh melakukan kerja yang diiklankan. Jika anda menggalakkan majikan menggambarkan yang anda terlibat dalam jawatan anda sebelum ini, anda mungkin tidak akan mempunyai peluang untuk mendapatkan jawatan kosong tersebut. Pastikan anda tidak terlalu fokus dengan pekerjaan anda sebelum ini, tipnya fokus pada pekerjaan yang ingin dipohon.

3. Cover letter Tidak Jelas: sama ada anda tidak menghantar cover letter yang disasarkan atau anda bergantung kepada cover letter (surat lampiran) untuk menunjukkan diri anda. Kedua-dua boleh menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan. Walaupun beberapa pengurus temuduga tidak pernah melihat cover letter, anda berkemungkinan akan ditemuduga dengan seseorang yang memerlukan surat terperinci seperti cover letter ini. Oleh itu jangan diabaikan perkara ini, pastikan cover letter anda ditulis dengan baik dan berkesan untuk membantu anda. Cover letter ini mesti ringkas dan jelas.

Mohon Jawatan Kosong yang Sesuai Dengan Anda

4. Anda Tidak Mencari Jawatan Kosong yang Betul. Adalah penting untuk menetapkan matlamat kerjaya, tetapi pastikan ianya realistik. Jika anda tidak layak untuk pekerjaan atau jawatan kosong yang dipohon, jangan buang masa anda, ini kerana adalah sukar untuk meyakinkan pihak syarikat mengambil anda bekerja, lebih-lebih lagi dalam keadaan pasaran yang kompetitif sekarang ini. Jika anda perlukan latihan atau pengalaman tambahan untuk mendapatkan pekerjaan yang anda impikan, dapatkan kemahiran tersebut terlebih dahulu sebelum anda membazirkan masa memohon jawatan kosong tersebut. Anda juga boleh menyertai kursus-kursus yang sesuai untuk melengkapkan diri anda. Anda juga boleh memohon jawatan kosong yang lebih rendah kedudukannya untuk mencari pengalaman terlebih dahulu, contohnya anda berminat menjadi Jurutera, tetapi disebabkan kurang kelayakan anda tidak diterima, dalam kes ini anda boleh mencuba dengan menjadi Pembantu Jurutera terlebih dahulu.

5. Carian Kerja Anda Terbatas. Sesetengah orang mencari peluang melalui carian internet sahaja, Peluang anda untuk mendapat pekerjaan akan lebih cerah lagi sekiranya anda mempelbagaikan carian kerja anda. Anda boleh baca tentang aktikel tersebut di sini

6. Anda Bersikap Negatif. Ini perkara asas, tiada siapa yang ingin meluangkan masa bersama orang yang negatif, Anda berasa lemah dengan diri anda sendiri, kemudian postkan status yang tidak positif di dalam Facebook atau laman sosial dan anda pula mencari kerja dengan tidak bersemangat. Perkara ini memberi kesan negatif terhadap peluang anda untuk mendapat pekerjaan. Jadi mulakan hari anda dengan penuh bersemangat dan sikap positif.

7. Anda tidak ada rangkaian sendiri. Jangan sekali-kali memandang remeh betapa pentingnya rangkaian sosial anda di dalam mencari perkerjaan . Jika anda duduk di rumah, memohon kerja secara online, tetapi tidak untuk keluar dan bertemu dengan orang, anda telah hilang peluang untuk berinteraksi dengan orang-orang yang mungkin bersedia untuk memperkenalkan anda dengan kenalan utama yang boleh membantu anda dalam mendapatkan pekerjaan. Tetapi ingat harus berhati-hati dengan mereka yang anda kenali di laman sosial. Rujuk kepada keluarga sebelum membuat keputusan sekiranya mendapat tawaran pekerjaan melalui rakan-rakan di laman sosial ini untuk mengelak sebarang penipuan.

8. Keputusan Google anda adalah mengelirukan atau negatif. Apabila anda memohon pekerjaan, tahukah anda dianggarkan 70 peratus daripada majikan akan mencari nama anda secara online, terutamanya di laman sosial Facebook. Jika mereka mendapati ianya tidak diprofil dengan profesional atau maklumat yang tidak selaras dengan permohonan anda, anda boleh kehilangan peluang untuk ditemuduga bagi jawatan kosong tersebut. Bersihkan profil anda dan hapuskan maklumat yang anda rasa boleh memudaratkan anda.

Saya harap panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memohon kerja kosong kerajaan ataupun swasta nanti. Ingat setiap jawatan kosong yang dipohon mempunyai dugaan dan cabaran yang tersendiri. Jangan berputus asa, teruskan usaha dan lengkapkan diri dengan kemahiran mencari jawatan kosong yang perlu. Sekiranya anda berusaha pastinya kejayaan menjadi milik anda suatu hari nanti dan mendapat jawatan kosong yang sesuai dengan anda.

Kata Carian Dari Pengunjung:

susahnya nak dapat kerja, cover letter untuk kerja kerajaan, jawatan kosong tiada kelulusan, susahnya dapat kerja, kerja kosong untuk yang tiada kelulusan, kerja kosong promoter bagi umur 40 keatas, kerja kosong tiada kelulusan, jawatan kosong untuk yang tiada kelulusan, resume yang sesuai untuk kerja kerani, jawatan kosong untuk tiada kelulusan, kerja kosong bagi yg tiada kelulusan, kerja apa yg dapat dengan kelulusan pmr 2014, kerja kosong tidak perlukan pengalaman 2014, Kerja kosong untuk wayerman, kerani mahu cari kerja, kerja kosong untuk welder yang tiada pengalaman, peluang kerja untuk yg tiada kelulusan, kerja kosong yang takde kelulusan, kerja tiada kelulusan, kenapa tidak ada jawatan kosong kerajaan negeri sabah 2013

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut: