SPA

SPA, Hampir 500,00 memohon kerja kosong melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Dianggarkan seramai 500,000 para pencari kerja kosong telah mengemukakan permohonan kerja kosong kerajaan secara online kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam tempoh 4 bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri, berkata permohonan kerja kosong kerajaan terbanyak diterima untuk perkhidmatan separa perubatan memlibatkan jawatan kosong seperti pembantu perubatan, jururawat dan farmasi iaitu sebanyak 260,000 permohonan. Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, lebih kurang 260,000 pemohon telah memohon jawatan kosong kerajaan dalam perkhidmatan separa perubatan yang hanya memerlukan kelulusan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya. Selepas merasmikan Pusat Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak di sini semalam, Jamaluddin berkata penggunaan permohonan secara dalam talian semakin popular terutama di kalangan golongan muda yang kebanyakkannya menggunakan komputer dalam urusan permohonan borang SPA8.

katanya lagi permohonan secara online tidak dikenakan bayaran berbanding dengan penggunaan borang yang dikenakan bayaran sebanyak RM5 bagi setiap permohonan sebelum ini. Pemohon juga akan diberitahu mengenai borang yang dihantar dalam tempoh 3 hari. Setiap permohonan akan sah laku dalam masa setahun dan juga boleh diperbaharui setiap tahun mengikut keperluan pemohon.

Tahun lalu sahaja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang spa8i telah menerima hampir 1.5 juta permohonan untuk mengisi pelbagai kerja kosong kerajaan dalam perkhidmatan awam dengan 194,975 orang pemohon memiliki ijazah, 316,323 orang diploma dan pemegang sijil, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Penilaian Menengah Rendah (PMR) seramai 1.01 juta orang.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengambil 50,756 pemohon untuk mengisi kerja kosong kerajaan dalam perkhidmatan awam membabitkan 8,524 pemegang ijazah, 13,304 pemegang diploma serta 28,928 lulusan SPM berbanding hanya 52,369 orang yang diambil pada 2008.

Sementara itu, kumpulan pertama kakitangan perkhidmatan awam/kerajaan yang akan bersara pada usia 58 tahun bermula Julai ini akan memberikan laluan kepada pencari kerja kosong yang sedia ada untuk mendapat pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meramalkan lebih banyak jawatan kosong untuk dipenuhi oleh pencari kerja yang berminat dan berkelayakan. Beliau bagaimanapun tidak dapat menganggarkan jumlah sebenar mereka yang bersara tetapi yakin sasaran SPA untuk mengambil sekurang-kurangnya 50,000 orang bagi mengisi pelbagai jawatan kosong dalam perkhidmatan kerajaan tahun ini akan dapat dicapai.

Tambahnya lagi, Pembukaan pusat temuduga yang pertama di negeri Perak adalah dibuat berdasarkan bilangan pemohon melalui borang spa8i yang ramai selepas pembukaan pejabat SPA di Kota Bharu dan Kuantan, perangkaan juga menunjukkan seramai 10,281 rakyat dari Negeri Perak telah dilantik sebagai penjawat awam ataupun kerajaan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) juga telah merancang untuk membuka lebih banyak lagi pusat temuduga seperti di Johor Bahru, Miri, Alor Setar, Seremban, Sibu, Sandakan dan Tawau bagi memberi keselesaan kepada calon-calon setempat yang bakal menghadiri temuduga dan juga kepada kakitangan SPA sendiri yang akan menjalankan proses temuduga jawatan kosong kerajaan nanti.

Kata Carian Dari Pengunjung:

spa perak 2012, jawatan kosong perak 2012, spa perak jawatan kosong terkini, kerja kosong di perak 2012, jawatan kosong spa perak 2012, jawatan kosong kerajaan perak 2012, spa perak, spa8 jawatan kosong 2012, kerja kosong PERAK 2012, spa 8 perak 2012, spa8 2012, jawatan kosong 2012 perak, spa perak jawatan kosong 2012, jawatan kosong kerajaan 2012 perak, jawatan kosong spa 8, jawatan kosong kerajaan untuk kelulusan spm, spa8 jawatan kosong, jawatan kosong di perak 2012, KERJA KERAJAAN KOSONG 2012, borang permohonan kerja kerajaan 2012

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut: